AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

15 Mar 2017 17:24

Aizat Amdan sebuah nama yang tidak asing lagi di industri seni tanah air sebagai penyanyi, pemuzik dan juga penulis lagu yang berwibawa. Karier atau kerjaya sebagai insan seni bertitik tolak dari  tahun 2007 tatkala beliau menjadi salah seorang peserta sebuah rancangan realiti televisyen paling popular terbitan ASTRO iaitu Akademi Fantasia  Musim ke- 5.

Dalam  tahun 2008, Aizat telah melancarkan album sulungnya yang berjudul “Percubaan Yang Pertama”. Di antara lagu-lagu hits yang terkandung di dalam album tersebut dan menjadi siulan anak-anak muda ketika itu ialah ‘Hanya Aku Yang Mampu’,’ Sg.Lui’, ‘Sahabat’, ‘Lagu Kita’ dan banyak lagi. Lagu-lagu dari album ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para peminat muzik tanahair  justeru lagu ‘Hanya Aku Yang Mampu’ telah merangkul anugerah sebagai lagu yang paling banyak di muat turun pada tahun 2009  di Anugerah Planet Muzik (APM).

Album kedua beliau telah mula dipasarkan pada tahun 2010  berjudul ‘Urusan Aizat’ di mana lagu ‘Susun Silang Kata’ merupakan single yang menjadi pilihan bagi para peminatnya.  Lagu ‘Susun Silang Kata’ turut tersenarai dalam 30 lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Juara Lagu ke-25.

Aizat mengorak langkah dengan melancarkan album “LEGASI” di dalam benuk ‘vinyl’ atau piring hitam pada tahun 2014.  Album ini menampilkan kolaborasi bersama beberapa artis popular tanah air seperti Yuna, Zee Avi, Noh Salleh, dan Azlan & The Typewriter.

Selain menjadi seorang penyanyi Aizat dan keluarga juga memiliki sebuah syarikat rakaman sendiri yang diberi nama Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE).  Dimana syarikat rakaman ini telah menerbit dan menghasilkan ketiga-tiga buah album iaitu ‘Percubaan Yang Pertama’, ‘Urusan Aizat Amdan’ dan ‘Legasi’.

Kini…. Aizat Amdan menampilkan single terbaru yang berjudul ‘Jangan Menangis’. Sebuah lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Aizat sendiri. Lagu yang mengisahkan bagaimana seseorang mengharungi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang saban hari dengan tabah dan kuat  tanpa kenal erti kesedihan. Konsep serta penceritaan lagu ini juga bersifat universal kerana kesedihan boleh berlaku kepada setiap invidividu  bergantung kepada situasi yang mereka hadapi.  ‘Jangan Menangis’ juga memberi satu peringatan kepada setiap individu betapa pentingnya untuk mengambil tanggungjawab dan tindakan apabila berhadapan dengan situasi yang sukar.

Buat pertama kalinya lagu ‘Jangan Menangis’ ini menggabungkan kerjasama antara dua buah syarikat rakaman iaitu dari Warner Music (M) dan Faithful Music, kerana sebelum ini kita sudah sedia maklum bahawa kesemua lagu dan album Aizat adalah keluaran Kasi Gegar Entertainment (KGE). Namun  lagu ‘Jangan Menangis’ ini membawa satu kelainan dimana telah membuka ruang kepada Warner Music (M), Faithful Music dan Kasi Gegar Entertainment untuk bekerjasama dalam penghasilan dan pemasarannya.

Tercetusnya inspirasi untuk menghasilkan lagu ini datangnya dari pengalaman Aizat ketika beliau bersama-sama Faizal Tahir, Noh Hujan dan Muadzulkefly menyertai ekspedisi 1Moment4them pada tahun 2013. Ekspedisi ini adalah sebuah pengembaraan gerakan 1Moment4them untuk  membantu  rakyat bumi Syria yang sedang menghadapi peperangan sivil.

Bertitik tolak dari situ maka terciptanya lagu ‘Jangan Menangis’ kerana ia simbolik dan menepati tema ‘kemanusiaan ’ kerana mesej yang cuba disampaikan begitu luas dan universal. Tajuk lagu ini juga begitu ‘straighforward’ kerana mudah untuk ia difahami dan menepati lagu.

Harapan Aizat adalah ‘menjadikan lagu ini sebagai sesuatu yang dapat memberi ketenangan kepada pendengar justeru dapat meneruskan kehidupan seharian mereka dengan tabah walaupun ditimpa kesusahan.

Khas buat peminat Aizat Amdan, lagu ‘Jangan Menangis’ edaran Warner Music (M) Sdn Bhd ini  boleh dimuat turun di semua  platform digital mulai 10hb Mac 2017.




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.