ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

10 Mar 2017 17:18

IMG_0686

Farah Azleenda Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz merupakan seorang pelakon, pengacara, penyampai radio dan juga seorang komedian wanita yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air.

Beliau memulakan kariernya sebagai anak seni dengan mencuba nasib di dalam salah sebuah program realiti televisyen terbitan Suhan Movies iaitu ‘Pilih Kasih’ pada tahun 2009 dan berjaya menjadi salah seorang finalis. Justeru beliau meneruskan bakat lakonannya di dalam beberapa drama dan filem di antaranya ialah Penanggal, Joyah Vs Bedah, Misiku Kuza, Lagenda Budak Setan, Suamiku Mr Perfect, dan banyak lagi.

Setelah mengorak langkah dalam bidang lakonan beliau diundang untuk menjadi pengacara untuk program yang berprestij seperti Melodi pada tahun 2015, Anugerah Lawak Warna, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014.

Untuk menjadi seorang anak seni yang serba boleh beliau ingin terus mencabar dirinya dengan menjadi seorang komedian dimana beliau telah menyertai program Liga Lawak Superstar TV3 dan dinobatkan sebagai Naib Juara. Beliau juga menyertai program Juara Parodi 2015 terbitan Astro, di mana program ini menggabungkan penyanyi dan pelawak popular tanahair untuk berentap di pentas dengan konsep gabungan nyanyian dan komedi.

Atas pencapaian beliau sebagai seorang anak seni serba boleh maka Zulin telah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2014 untuk tiga kategori iaitu pelawak wanita popular, pengacara wanita popular dan artis baru wanita popular.

Bakat Zulin tidak berakhir di situ....KINI...beliau memperluaskan bakat sedia ada di dalam bidang nyanyian pula. Seperti ramai yang sudah sedia maklum beliau memiliki suara yang merdu apabila beliau telah memuat naik video nyanyiannya di laman sosial Instagram dengan mendapat sambutan diluar dugaan. Kini, “Terbiar” adalah single pertama Zulin yang membawa genre bossa balada. Lagu hasil ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

Khas buat peminat Zulin Aziz, lagu ‘Terbiar’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotidy, JOOX, Yonder dan KKBox.




TERBARU

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Sambutan 10 Tahun Buat Kumpulan PESAWAT Dan PLAGUE OF HAPPINESS

Lagu Pertama Kali Oleh SALIMEY Yang Popular Melalui Runut Bunyi Drama

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

Konsert SHEILA ON 7 Live In Kuala Lumpur 2018 Dan Tiket Mula Dijual Pada 21 Disember 2017

ANUGERAH NASYID 2017 Kembali Dengan 10 Lagu Terbaik

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.