ATAS BY BIJAN Adalah Ruang Terbaru Untuk Acara Pemuzik Bebas

26 Jan 2017 20:35

2017-01-27_04-32-51

Nyatanya arena muzik kini telah berubah bentuk , scene muzik independent ataupun underground tidak seperti dahulu , jika pada waktu dahulu tempat gig pastinya adalah ditempat yang besar dengan kehadiran beratus orang tapi pada hari ini pemuzik telah bergerak ke skala yang lebih kecil , baik di studio , kafe mahupun dikawasan terbuka , peminat muzik indie dan band boleh bergerak ke mana sahaja tapi nyatanya ia adalah terhad dan sewaan yang mahal bagaikan mengekang kreativiti band untuk bergerak dan menemui peminat

Sebagaimana Rumah Api di Ampang yang sinonim dengan muzik Punk , ataupun di Playsafe di Damansara Perdana yang memberi ruang dan kos yang efektif , atau tempat yang lebih besar seperti Blackbox di Dutamas yang memberi pilihan tapi dengan kos yang lebih tinggi .

Kini Atas By Bijan di lokasi Subang jaya memberikan lagi lebih ruang untuk pemuzik dan penganjur muzik bebas yang lain dengan pilihan kawasan dan kos yang rendah .

Atas By Bijan yang dimiliki oleh saudara Bijan atau nama sebenar beliau , Najib Abdul Syukur , 32 tahun telah 6 bulan beroperasi sehingga ke tarikh ini . Dalam 6 bulan telah pelbagai penganjuran pentas telah dilakukan disini daripada Kumpulan Bittersweet , Pesawat , Butterfingers , Ramayan dan deretan lagi pemuzik indie yang lain .

“Saya sudah 12 tahun berpengalaman sebagai recording engineer , live sound engineer dan kumpul duit dan inilah hasilnya Atas By Bijan yang namanya diambil daripada lokasi tingkat yang paling atas sekali” jelas pemuda yang memegang Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik daripada UiTM

“Plan awal saya nak bukak studio bila fikir balik baik saya buat tempat untuk event macam Livehouse di Jepun dan Campden di UK , saya pernah pergi ke tempat-tempat ini . Atas By Bijan ni memang di reka untuk muzik , dengan modal 100 ribu tempat ni saya buat akustik treatment di dalam ni . Pada awalnya saya nak buat macam tempat di gudang tapi ia terlalu besar dan untuk akustik treatment yang bagus pun akan menelan belanja yang sangat tinggi , Jadi kami cuba tempat kecil dahulu tempat ni kira besar sebenarnya dengan boleh memuatkan 200 – 300 orang ”

“Kami masih baru dan belum perkenalkan tempat ini secara serius yang mana kebanyakkanya kawan-kawan yang buat show dan belum buat marketing , baru buat trial and error dulu , rancangan kami nak tambah aircond sebab ada gig yang penuh tempat ini akan menjadi panas”

“Dalam masa 6 bulan ni dah banyak show ada disini yang mana ada 6 atau 7 show yang padat dengan peminat . Atas By Bijan ni kami juga buat sebagai studio rakaman ada beberapa band yang bakal merakamkan disini secara live antaranya Pesawat sebab saya dah buat lama dengan mereka . Rakaman secara live ni bagaikan capture energy seperti persembahan pentas dan ia memberikan perasaan yang berlainan dan band luar negara banyak buat rakaman macam ni ”

Atasbybijan

Menurut Bijan , selain sebagai tempat membuat persembahan dan rakaman , Atas By Bijan juga dibuka untuk sebarang acara . Alatan muzik semua lengkap tiada masalah sebarang untuk penganjur atau artis membuat persembahan disini dengan sewaan adalah untuk seharian , dengan keluasan 3600 kaki  persegi .

“Suasana sini lebih relax , berbanding studio yang padat dan tempat kami ada 2 tingkat , dibawah band buat persembahan , diatas ada tempat berehat dan lepak yang luas”

 

Atas By Bijan bukan hanya sekadar satu tempat acara sahaja , jauh didalam hati kelihatan beliau menyimpan pelbagai hasrat dengan pengalaman dalam bidang muzik yang telah dilihat selama ini . Ini adalah tempat acara yang telah diusahakan oleh individu berbanding tempat lain yang majoritinya mendapat sokongan oleh pelbagai pihak korporat .

 “Kami akan branding nama Atas By Bijan ini , rancangan kami jauh , pelbagai perkara yang kami akan buat nanti antaranya music workshop yang bukan sahaja buat disini tapi akan keluar ke Universiti tempatan dalam memberi pelbagai pengetahuan dalam bidang muzik”

 “Kami juga nak educate untuk peminat bayar muzik , macam show free ni peminat suka dan band pun suka sebab bayaran dia besar tapi perkara ni akan jejaskan juga pada band itu sendiri akhirnya , antaranya apabila band buat show ramai tak datang ”

Atas By Bijan boleh dihubungi melalui telefon di 012 217 8534 , atau ke facebook mereka di .facebook.com/atasbybijanfx yang beralamat di 7-5-1 , Parklane Commercial Hub , Jalan SS7/26
Petaling Jaya 47301 .




TERBARU

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.