Album The Final Dimension Memulakan Kebangkitan KAZANNA

12 Jan 2017 18:08

Kazanna

Kumpulan Symphonic Metal , Kazanna , yang telah meriliskan album terbaru mereka yang bertajuk “The Final Dimension” pada bulan Ogos tahun lalu kini tampil untuk bercerita serba sedikit mengenainya . Kazanna adalah antara kumpulan Symphonic Metal yang masih kekal bertahan di Malaysia , walaupun pernah menyepi beberapa ketika , semangat mereka terus membara dan hasilnya ialah seperti yang kita boleh lihat pada kali ini , “The Final Dimension” boleh dirumuskan sebagai sebuah album yang cukup lengkap buat kumpulan seperti mereka daripada segi vocal , komposisi muzik dan kualiti rakaman .

“ ‘The Final Dimension’ adalah suatu cetusan idea dari gitaris Kazanna, iaitu Amar, di mana Kazanna telah melalui pelbagai dugaan dan rintangan, lalu kini melalui fasa baharu, suatu dimensi terakhir sebelum meneruskan perjuangan ke fasa seterusnya. Mungkin agak rumit untuk difahami, namun kata mudahnya, kami ingin melupakan segala permasalahan dan bermula sebagai satu keluarga yang baru, semangat dan nafas yang baharu. Lagu-lagu yg terdapat dalam album ini keseluruhannya berunsurkan imaginasi dan realiti hidup. Setiap lagu memaparkan setiap individu atau watak dalam lagu tersebut sedang melalui satu dimensi yg terakhir, dalam hidup mahupun dalam fasa perubahan. Album ini mengambil masa lebih kurang 1 tahun untuk diterbitkan”jelas mereka

Sebelum ini masalah lineup yang menyebabkan Kazanna bagaikan tidak bergerak , mengenepikan segalanya , mereka bangkit dengan penuh semangat untuk terus merakamkan album terbaru

“Selepas keputusan Fiza,vokalis asal Kazanna untuk mengundurkan diri, kami mengambil masa untuk mencari pengganti, namun ianya tidak berhasil sehinggalah kami mengambil keputusan untuk mengambil penyanyi lelaki sebagai penyanyi tetap Kazanna. Di situ kami mula mencari penyanyi lelaki yang bersesuaian dengan muzik Kazanna dan akhirnya kami berjumpa dengan saudara Amy, iaitu kenalan kami sewaktu pertandingan kugiran suatu masa dahulu. Di situlah bermula kembali semangat perjuangan Kazanna dan akhirnya kami berjaya mengeluarkan album terbaru, The Final Dimension bersama penyanyi baru”

Buat peminat yang telah mendengar album terbaru “The Final Dimension” pastinya akan berpuas hati dengan hasil mereka , mereka telah memberikan hasil yang begitu memuaskan dan ditanya mengenai latar belakang muzik mereka jika antara mereka pernah mengikuti kelas muzik secara formal , jelas apa yang diberitahu mereka semuanya adalah mengenai pengalaman dan passion .

“Sewaktu awal penubuhan Kazanna dan juga band sebelumnya iaitu Pasca Tragedy, kami sudah bermain genre muzik yg sama hampir 8 tahun kerana minat yg mendalam terhadap symphonic metal. Kami percaya persembahan dan permainan kami semakin baik kerana pengalaman, usaha dan tekad untuk sentiasa memperbaiki mutu muzik kami. Kami tidak pernah mengikuti sebarang pembelajaran muzik secara formal, di atas dasar minat kami belajar dengan sendiri melalui rakan dan media”

EP mereka yang bertajuk “Will Of Heroes” pernah dikeluarkan sebelum ini . Dengan keluarnya album “The Final Dimension” pastinya kita ingin melihat bagaimana pandangan mereka mengenai kedua-dua keluaran ini

“EP “Will of Heroes” dan album “The Final Dimension” ada persamaan dan perbezaan. Namun perubahan yang ketara adalah sudah semestinya cara penyampaian oleh vokalis. Di sebabkan cara nyanyian yang berbeza, muzik yg dihasilkan dalam album terbaru ini telah memberi fokus pada kesesuaian vokalis. Album ini menampilkan muzik dan vokal yg lebih berat namun masih mengekalkan kelembutan melalui instrumen orchestra”

Banyak pujian telah diberikan kepada mereka mengenai penghasilan album terbaru ini , malah bila ditanya mengenai apakah perkara yang paling dititik beratkan sebelum merakamkan album ini mereka juga menyatakan , ialah kualiti bunyi

Kazanna amat menitik beratkan kualiti bunyi supaya ianya setaraf dengan kualiti bunyi band metal antarabangsa. Proses rakaman dan mixing dilakukan dengan teliti. Selain itu, kami juga memberi fokus terhadap kulit album kami. Terima kasih yg teramat kepada designer kami, saudara Taufiq kerana idea dan mutu kerja yang sangat memuaskan. Ternyata, kulit album yang dihasilkan sgt sesuai dengan tajuk album serta lagu-lagu yang terkandung. Komposisi dan susunan muzik terutamanya orkestra juga amat kami titik beratkan supaya ianya selari dengan genre muzik dan jalan cerita lagu”

Usaha mereka yang bekerjasama dengan Sony Music melihatkan usaha bijak mereka dalam mempromosikan album terbaru ini tapi Dengan pasaran yang makin kurang , ditanya mengenai harapan Kazanna mengenai penjualan dan bagaimana sambutan yang telah diterima ?

“Kami masih berusaha pada tahap yg terbaik untuk mempromosikan album The Final Dimension ini.. kami akui genre symphonic metal ni bukan melodi yg biasa didengari oleh telinga pendengar rata rata di Malaysia. Namun setakat ini kami menerima respond yg baik dari hampir kesemua fan yg support album ini. Dan kami akan terus menghasilkan karya karya yg mampu menyaingi band luar”

Telah sampai ke penghujung temuramah ini , symphonic Metal yang pernah menjadi trend dan kegilaan dahulu masih tetap relevan sehingga kini . sebagai penutup ditanya apakah harapan dan pendapat korang mengenai scene Metal di Malaysia pada hari ini

“Kami Kazanna berharap agar scene metal di Malaysia akan lebih bertenaga seperti satu ketika dahulu , dimana semua pihak bersatu menyokong karya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan satu-satu persembahan dan juga penghasilan album. Jika sokongan daripada semua pihak tidak diberikan, bagaimanalah kesemua band ingin meneruskan karya mereka. Salah satu caranya adalah dengan membeli hasil karya atau album mereka yang ori. Justeru dapatkan juga album Kazanna "The Final Dimension" dan hubungi kami di www.facebook.com/kazannaofficial atau direct person di talian 0136247472 (Zamir Georgie - Bassist Kazanna) “




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.