OJA & TUNABLE BAND Muncul Dengan Single Cukup Sekali

22 Dec 2016 20:22

OJA & TUNABLE BAND

Album yang berjudul Cukup Sekali ini mengambil masa lebih kurang setahun dan direkod sepenuhnya di Tunable Record Sdn. Bhd. Setiap anggota The Tunable juga tidak melepaskan peluang berkarya untuk projek ini. Pemilihan lagu dibuat atas dasar kualiti yang diharapkan  bakal memenuhi citarasa para peminat dengan berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang seni muzik.

Setelah lama menghilang dari radar dunia seni hiburan mainstream, Oja melangkah terus dalam arena seni muzik dengan bermain gitar di kelab malam seluruh Malaysia selama lebih kurang 20 tahun. Oja kini menzahirkan komitmen beliau terhadap muzik dengan “home recording studio” dan beberapa projek  album. Pertemuan beliau bersama Norul beberapa tahun sebelum ini mencetuskan ilham untuk bekerjasama bagi melahirkan Oja and The Tunable.

Oja menggunakan keseluruhan pengalaman yang beliau bagi membentuk satu susunan komposisi muzik yang amat berlainan dimana penekanan diberikan kepada strings orkestra dan susunan susunan muzik yang agak progresif.

Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza bin Daud merasakan pertemuannya dengan Norule (gitaris Spoon)  beberapa tahun lalu telah mengilhamkan satu “comeback” yang “daring”  untuk menghasilkan album ini.

Untuk album ini, Boy atau Saiful Nizam Jelani selaku gitaris mengubah sedikit konsep permainan beliau dimana komposisi solo bagi album ini adalah lebih berorientasikan muzik dan agak sedikit progresif untuk mendapatkan keseimbangan berserta dengan instrument orkestra yang lain. Beliau juga telah menghasilkan sebuah lagu yang dijangka akan menambat hati peminat dalam album ini. Pernah melahirkan 3 buah album bersama kumpulan Spoon telah mematangkan Boy dalam permainan gitar secara live  dan studio.

Pertemuan Norule dan Oja beberapa tahun lalu telah mengilhamkan satu idea bernas yang baru untuk menghasilkan album melo-dramatik opera ini. Norule atau nama sebenarnya Norul Fikri Abdul Samad pernah melahirkan tiga buah album bersama kumpulan Spoon.

Norule mengekalkan konsep analog bagi album ini untuk mendapatkan mood zaman dahulu. Beliau juga terlibat dalam susunan orkestra bersama Oja dan menitik beratkan orientasi muzikal dalam album yang serba baru ini dan turut menyumbangkan sebuah lagu.

Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Botak yang merupakan pemain bass projek ini telah dilamar oleh Norule untuk menjayakan projek ini kerana Yahya, pemain bass asal kumpulan Spoon tidak dapat memberikan komitmen beliau untuk album projek ini.

Shahnaz mendapat inspirasi bermain dram ketika sering pulang ke kampung di Rasah, Negeri Sembilan dan bermain dram milik bapa saudaranya. Shahnaz adalah antara anggota Spoon yang terawal bersama dengan Norule untuk mengilhamkan “the comeback”  setelah lebih 17 tahun menyepikan diri. Beliau juga telah menghasilkan sebuah lagu yang berkonsepkan ‘motivational spirit’ dalam album ini.

Single perdana Oja & Tunable Band yang berjudul Cukup Sekali ini dihasilkan oleh Norule dn lirik oleh Shahrizan Ayob (Putera Remy Merindu) serta diterbitkan oleh Tunable Record Sdn Bhd.




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.