Ledakan Muzik Underground Di MAMAT FEST Pada 7 Januari Nanti

14 Nov 2016 19:15

Mamat Fest

Mamat Fest yang pertama pada Januari 2016 telah menampilkan barisan kumpulan Metal tempatan yang jelasnya telah menghancurkan pentas pada hari tersebut . Mamat Fest 2017 kini kembali dengan versi kedua mereka dan membuka lagi tahun baru ini dengan membariskan kumpulan Underground tempatan daripada pelbagai genre .

Persembahan yang bakal diadakan di BlackBox , Solaris Dutamas pada 7 Januari 2017 akan datang adalah anjuran daripada label yang tidak asing lagi iaitu Mamat Records . Mamat Records adalah antara label tempatan yang aktif mengeluarkan semula Piring Hitam , Cakera Padat dan juga kaset daripada album-album kumpulan Metal tempatan , mereka menyelongkar kembali dan memberikan peluang kepada generasi baru dan lama untuk mendengar semula rilisan Metal tempatan yang pernah menggegarkan scene Underground tanahair pada suatu ketika dahulu .

Mamat Fest kali ini akan menampilkan 9 band antaranya ialah Carburator Dung , kumpulan Punk yang paling berpengaruh dan terawal di Malaysia , melihatkan mereka bakal beraksi dipentas Mamat Fest sebenarnya adalah perkara yang cukup dinantikan . Kumpulan Death Metal , Brain Dead yang telah bertapak sekian lama ditanahair dan telah meninggalkan legasi yang cukup berharga melalui album pertama mereka juga akan bersama turut memusnahkan pentas . Ini adalah gabungan yang cukup menarik ditambah lagi dengan kumpulan Thrash Metal , Terror Squad , kumpulan yang telah wujud sejak 1992 dengan pelbagai demo dan cukup underrated , sifat amarah yang disampaikan vokalis dengan muzik yang benar-benar agresif membuatkan Terror Squad bakal dipenuhi dengan aksi headbanging .

Kumpulan yang tidak asing lagi yang telah membina nama didalam dan luar negara iaitu Humiliation , Kumpulan Militiary Death Metal ini telah selamat menjelajah Jerman pada bulan Oktober yang lalu , kini mereka tidak sabar untuk ‘berperang’ dipentas Mamat Fest . Kumpulan Senjakala , dengan muzik Melodik Metal dan vocal yang persona akan turut bersama-sama beraksi , album kompilasi mereka juga telah dikeluarkan oleh Mamat Records . Ini adalah kali kedua mereka datang ke Kuala Lumpur . Mamat Fest bakal membuka mata para peminat Metal tempatan dengan kemunculan Senjakala .

Kumpulan Grindcore , Cosmic Vortex yang baru sahaja mengeluarkan album kedua mereka iaitu “Dunia Dalam Durhaka” akan turut bersama-sama beraksi di Mamat Fest . Ia pastinya muzik yang penuh dengan serangan padu . Mereka adalah kumpulan yang semakin naik , pastinya persembahan yang menarik daripada mereka . Kumpulan Grindcore / Death Metal daripada Kuala Lumpur , Goresluts tidak kurang hebatnya , kita pasti akan melihat aksi energetic yang tiada hentinya . Mereka juga bakal mengeluarkan album terbaru yang mana ia akan dikeluarkan oleh Mamat Records . Album terbaru ini menurut mereka akan mempunyai pelbagai pengaruh daripada elemen groove Thrash Metal hinggakan ke rentak perlahan Doom Metal di dalam struktur lagu mereka . Penghujung tahun 2016 akan menyambut ulangtahun ke – 10 buat Goresluts .

Kumpulan Blind Tribe juga bakal memeriahkan pentas Mamat Fest , Kumpulan yang berasal daripada Pulau Pinang ini telah lama tidak beraksi di gig besar , pastinya ini peluang yang pastinya tidak akan dilepaskan dalam membawa muzik Groovy Metal mereka dan kumpulan yang terakhir walaupun mereka masih baru didalam scene namun pengalaman yang mereka ada sudah cukup mematangkan mereka terutama dari segi instrument dan sound yang cemerlang buat kumpulan baru .Kumpulan Death Thrash , Malapetaka ini sebenarnya amat menyerlah melalui rilisan mereka iaitu “Lawless Prediction” , album pertama mereka yang dikeluarkan pada April tahun ini adalah sesuatu yang membuka mata . Dengan barisan kumpulan-kumpulan daripada pelbagai genre yang cukup kuat , Mamat Fest yang bakal diadakan pada 7 januari 2017 adalah sesuatu yang begitu dinantikan .

Tiket masuk hanya berharga RM50 yang boleh dibeli pada hari tersebut .  Peminat yang membayar tiket bakal dapat percuma Kalender . stickers , patches dan juga woven wristband sebagai tiket masuk . Pada hari tersebut juga segala keluaran Mamat Records akan diberi potongan 10% , malah para peniaga yang terlibat juga akan memberi potongan harga buat peminat yang datang .




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.