Pelancaran Album Terbaru FAIZAL TAHIR "ANATOMI" Di Sambut Dengan Siri Jelajah

07 Nov 2016 17:52

ANATOMI FAIZAL TAHIR

Sempena pelancaran album terbaru Faizal Tahir yang bertajuk Anatomi” secara rasminya pada hujung minggu lalu , beliau telah menyinggah dibeberapa tempat antaranya di Angsana Johor Bahru Mall pada hari pertama siri jelajah Anatomi” ini bermula dengan lebih 1000 kehadiran peminat . Pada 5 November pula lebih dari 2,000 peminat telah menyaksikan sendiri persembahan Faizal Tahir di perkarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Lokasi terkahir di IOI City Mall, Putrajaya pula kira-kira seramai 3,000 peminat hadir untuk menyaksikan mini konsertnya itu

“Anatomi”merupakan album ke-4 Faizal Tahir setelah 3 tahun malah album “Anatomi” tampil berbeza berbanding tiga albumnya sebelum ini. Ia juga album pertama Faizal bersama Warner Music Malaysia selepas berhijrah dari Monkey Bone Records.

“Dalam album ini saya juga bekerja dengan pasukan yang berbeza. Jika sebelum ini saya bersama Audi Mok, kali ini saya bersama komposer sedang meningkat iaitu Mike Chan dan Ezra Kong. Kami bersamasama menerbitkan album ini. Baik dari segi penciptaan lagu, gubahan muzik, lirik termasuk kerja-kerja produksi, semuanya kami lakukan bersama. Saya mahu semuanya terbabit dalam pembikinan album ini,” jelas Faizal. Selain Mike dan Ezra, album ini masih lagi menggunakan khidmat Audi dan Omar K selaku penerbit. “Anatomi” menampilkan tujuh lagu termasuk single Assalamualaikum”, “Sayang” , “Sejati” dan “Setia”.

Tiga lagi lagu baru yang dimuatkan ialah Suriram”, “Menang” dan “Bukan Yang Pertama” . Di samping itu, ia turut memuatkan bonus track iaitu Dirgahayu”, “Negaraku” dan tiga versi “Assalamualaikum” iaitu versi Anugerah Bintang Popular BH 2014, Anugerah Juara Lagu ke-30 dan akustik.

Faizal menyifatkan album “Anatomi” mengalami pelbagai rencah mengenai kehidupan dan perhubungan. Antaranya mengenai hubungan manusia dengan Tuhan, isteri, anak dan kekasih. Sebagai contoh, lagu “Sayang” lebih kepada hubungan dengan anak dan Setia dengan kekasih.

“Mungkin ada yang keliru dengan lagu Suriram sama ada saya menyanyikan semula lagu tradisional kanak-kanak iaitu Suriram Ram Ram. Ia sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan lagu itu, ia cuma lagu baru yang mengisahkan mengenai seorang wanita. Suriram mengisahkan mengenai seorang wanita yang pernah hadir dalam hidup sesiapa, tetapi dia berlalu begitu saja. Samalah juga dengan lagu tradisi itu yang kita hanya dengar sesekali saja sekarang,” jelas beliau .

Ditanya mengenai lagu kegemarannya, Faizal berkata, dia tertarik dengan lagu “Bukan Yang Pertama” . Menurutnya, bukan lagu lain tidak menarik, tetapi “Bukan Yang Pertama” membawa maksud mendalam dalam dirinya.

“Ia berlaku setiap hari dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kita suka menilai seseorang berdasarkan kisah hitamnya pada masa silam. Saya rasa ia satu tindakan tidak wajar kerana semua orang harus diberi peluang untuk berubah jika mereka pernah melakukan kesalahan”

Umum mengetahui album-album Faizal sebelum ini sinonim dengan muzik rock.  Namun, kali ini Faizal dilihat lebih terbuka dalam soal muzik. Katanya, apa yang terkandung dalam “Anatomi” ialah sesuatu yang dia mahu lakukan sebelum ini,tetapi tidak dapat dilakukan.

“Bersama pasukan baru ini, saya dapat lebih berekperimentasi dengan muzik. Ini antara perkara-perkara yang tak dapat saya lakukan sebelum ini,” Jelas Faizal yang banyak mengambil pengaruh muzik daripada The Beatles, Queen, Michael Jackson dan John Mayer.  Menurut beliau , album ini juga cukup dekat dengannya memandangkan dia terbabit hampir 100 peratus dalam pembikinan album ini.

“Anatomi” yang mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan dirakamkan di Studio Faithful Music dan Studio Fuse. Album “Anatomi” oleh Faizal Tahir ini merupakan sebuah edaran oleh Warner Music Malaysia Sdn Bhd. Anda juga sudah boleh dapatkan album ini di kesemua digital platform seperti di Spotify, Apple Music, Yonder, Joox dan juga KKBox bermula 4 November 2016.




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.