Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Oleh : nazghoul
18 Dec 2015 20:17

Meskipun pertembungan dengan pelbagai aktiviti hiburan yang di adakan di sekitar ibu kota pada 12 Disember lalu seraya di hangatkan dengan perlawanan akhir bola sepak, ianya sedikitpun tidak menjadi halangan kepada peminat yang dahagakan persembahan daripada artis kesayangan mereka.

Konsert “Retrofest Asia2015” masih lagi menjadi igauan kepada fanatika yang membesar dengan irama 80an dan 90an yang membariskan artis terkenal antarabangsa seperti Tommy Page, Diana King dan All-4-One.  Lebih 2000 peminat yang rata-ratanya adalah peminat tegar telah memenuhi ruang pentas terbuka di Surf Beach, Sunway Lagoon sekitar jam 8.00 malam.

Pentas ‘Retrofest Asia 2015’ di buka dengan penampilan Tommy Page yang ternyata masih lagi mampu memukau pesona khalayak yang hadir.  Hampir 6 buah lagu telah beliau dendangkan untuk santapan peminat yang rata-ratanya adalah remaja.  Bijak berinteraksi dengan peminat yang mula kebasahan apabila hujan mulai turun sewaktu persembahannya.

Beliau turut menyatakan ucapan terima kasih kerana masih lagi menyokong perjuangan seninya setelah sekian lama tidak beraksi di pentas serta setia berada di hadapan pentas biarpun di basahi hujan.  Sudah pasti Tommy tidak menghampakan peminat yang hadir untuk mendengar lagu-lagu popularnya seperti A Shoulder To Cry dan I’ll Be Your Everything.

 Ini bukanlah kunjungan pertamanya ke Malaysia, ketika kehadirannya dahulu Tommy pernah membuat persembahan duet bersama Amy Mastura.  Jadi tidak hairanlah mengapa ‘Retrofest Asia 2015’ beliau masih lagi bergandingan dengan penyanyi yang cukup ayu dengan penampilannya bertudungnya.  Kolaborasi hebat ini pastinya mengimbau nostalgia dimana mereka mendendangkan lagu yang berjudul The Best Part.

Pentas kembali diserahkan kepada penganjur untuk memberi ruang kepada Diana King.  Pujian harus diberikan kepada pihak pengurusan pentas yang cukup peka dengan kerja-kerja di atas pentas.  Mereka membuka dan memasang peralatan muzik dengan begitu pantas bagi memberi ruang kepada pemuzik yang mengiringi Diana King.

Era kegemilangan Diana King, masih tampil dengan imej berambut tetapi kini beliau tampil dengan imej botak yang menampakkan ke’egoan’nya namun masih bertenaga dalam menyampaikan setiap lagu yang di bawa pada malam tersebut.  6 buah lagu menjadi taruhan Diana termasuk sebuah lagu baru.  Apa yang pasti lagu Shy Guy, Say A Little Prayer for You dan Ain’t Nobody tetap menjadi tarikan kepada khalayak yang turut bernyanyi bersamanya.  Penyanyi yang memilih irama R&B dan reggae ini tampak cukup bertenaga lantas menghilangkan dirinya daripada usia sebenar.

Menutup tirai konsert ‘Retrofest Asia 2015’ adalah kumpulan All-4-One yang tidak kurang hebat juga persembahan mereka pada malam itu.  Meskipun ada di antara mereka yang memiliki susuk tubuh yang besar ianya sedikit pun menghalang persembahan.  Malah mereka kelihatan cukup gah dan mampu menari dengan tarian yang pastinya mengembalikan nostalgia kepada kumpulan vokal berhamoni itu.  Turut mempersembahkan 6 buah lagu serta ‘killing songs’ yang menaikkan nama All-4-One, I Swear dan I Can Love You Like That.

Tanpa bayangan MC Hammer di Retrofest Asia 2015 sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan peminat yang hadir.  Namun pihak penganjur sudah memaklumkan kepada khalayak seminggu sebelum berlangsungnya konsert.  Andaikata MC Hammer hadir pastinya akan kembalinya nostalgia kemeriahan era irama hip hop di Malaysia.

Retrofest Asia 2015 adalah hasil usaha JS Concert Productions dengan kerjasama Malaysia Major Events, biarpun hujan melanda ianya sedikit tidak pengubah perancangan asal malah waktu persembahan tetap bermula seperti di rancang.  Dentuman wirama malar segar 80an dan 90an yang menerjah Surf Beach, Sunway Lagoon akan terus terpahat dalam jiwa setiap hadirin yang telah hadir.

 




TERBARU

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.