Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

Oleh : nazghoul
19 Nov 2015 18:58

Ia adalah persembahan yang hebat buat kedua gergasi Metal tempatan . Di tempat yang penuh eksklusif di Hard Rock Cafe Melaka , kedua gergasi Metal ini membuktikan dengan usaha dan keyakinan , muzik Metal mampu menerobos kemana sahaja dan tentunya tanpa sokongan padu daripada peminat Metal tempatan yang dekat mahupun jauh , semuanya takkan berjaya direalisasikan tanpa mereka semua .

Apa yang lebih menarik ialah muzik Metal menyerlahkan semangat setiakawan tanpa mengira tempat , dan lebih menarik lagi di Hard Rock Cafe Melaka ! peminat dan kedua kumpulan telah membuktikan muzik Metal yang sebenar tanpa insiden negatif yang seperti selalu dilemparkan dengan penuh fitnah.

Dihadapan lebih 300 orang penonton , Kumpulan Brain Dead memulakan permainan yang dipetik daripada album klasik mereka antaranya lagu-lagu “From The Ecstacy” , “Sacred” , “Unholy Sin” , “Impious Mortal” serta lagu-lagu daripada demo mereka yang dihasilkan pada tahun 1990 . Dengan showmanship yang mantap walaupun terdapat masalah pada ‘sound’ pada permulaan , Brain Dead terus mempersembahkan muzik yang garang dan padu , Hard Rock Café Melaka bergegar dengan irama Death Metal ! . Para peminat tidak segan untuk terus ‘headbanging’ , hayunan rambut berterbangan menandakan Hard Rock Café Melaka telah ditakluk oleh peminat muzik irama berat underground !

Ia adalah saat yang penuh bangga . Tidak lama selepas itu menyusul pula Sil Khannaz , dengan masing-masing berjaket kulit dan jeans , sekali lagi pentas Hard Rock Melaka diterjah dengan muzik Death Metal , mereka membawakan lagu-lagu daripada album “Conception Of Madness”, “Gerbang Kayangan” , “Pendita Gila” ,”Bara Pawaka” , “Berdiri Antara Panji-Panji” dan daripada EP terbaru mereka “Thunder Roar” . Persembahan mantap daripada kedua kumpulan sememangnya menyerlahkan pengalaman mereka selama ini , daripada showmanship Brain Dead yang begitu ‘steady’ hinggalah ke Sil Khannaz yang cukup menghiburkan ,aksi vokalis mereka Jaei yang melayan peminat yang setia untuk ‘headbanging ‘ dihadapan pentas dan aksi-aksi ‘body slam’ mewarnai persembahan dua gergasi Metal ini . Hard Rock Café Melaka terus digegarkan dengan distortion berat dan pukulan drum yang padu dan hentakkan ’double padle’ dan pastinya ini adalah kali pertama mereka merasakan betapa beratnya muzik Death Metal disana .

Persembahan tamat pada jam 6.45 dengan Sil Khannaz menutup dengan memetik lagu daripada EP terbaru mereka iaitu “Thunder Roar” , yang mengisahkan peminat motor besar , malah mereka sendiri telah berkonvoi ke Melaka dengan menaiki motor besar daripada Kuala Lumpur .

Walaupun persembahan terasa singkat tapi ianya memberikan kepuasan yang maksimum , mewarnai pengalaman dan sememangnya lagu-lagu yang dipersembahan memang cukup padat buat peminat yang hadir .

Persembahan di Hard Rock Café ini juga sendiri telah memberikan satu perkara positif oleh peminat dan kumpulan yang terlibat kepada pihak pengurusan Hard Rock Melaka , mereka sendiri mengakui serta terkejut dengan peminat Metal yang hadir yang memberikan kerjasama kepada pengurusan Hard Rock Café Melaka serta tiada perkara negative yang dilakukan oleh peminat dan pemuzik Underground ini seperti yang digembar gemburkan didalam media bertahun dulu .




TERBARU

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.