Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

08 Nov 2015 19:01

Konsert M. Nasir… Kembara , akhirnya telah tamat setelah beraksi didepan ribuan penonton di Stadium Malawati pada Sabtu lalu , sebelum ini beliau telah mengembara ke Pahang , Johor dan Pulau Pinang . Peminat di ketiga-tiga tempat tersebut telah memberikanthumbs up’ kepada setiap konsert beliau , ini pastinya satu penantian buat peminat di ibukota dan sekitarnya .

Konsert yang dibuka oleh kumpulan Pita Hati dan Fynn Jamal benar-benar membangkitkan perasaan , kredit kepada Fynn Jamal kerana benar-benar menunjukkan kemampuan beliau dalam persembahan live , penyampaian yang penuh perasaan dan muzik yang diubah lebih dramatik daripada yang asal .

Sebuah monolog oleh Sabri Yunus yang berselubung putih dalam bercerita mengenai M. Nasir , memulakan konsert ini pada jam 9.30 , sedang Sabri Yunus masih bermonolog diatas pentas , M. Nasir muncul dan melukis secara abstrak diatas pentas , setelah Sabri Yunus habis dengan monolog dialek Kelantan . Terus sahaja M. Nasir menyanyikan lagu “Rajawali” , “Apokalips” dan “Bukalah Hatimu” secara berterusan .

Penonton yang telah tunggu lama semakin teruja dengan persembahan M. Nasir pada malam itu , semakin panas apabila M. Nasir terus membawakan lagu “Mustika” , “Phoenix Bangkit” , “Raikan Cinta” dan “Andalusia” .

Satu perubahan yang sangat besar dapat diihat dalam diri M. Nasir pada malam itu , interaksi beliau kepada penonton memang begitu meyakinkan , menyuruh peminat menyanyi bersama-sama dan bangun untuk menghayati lagu-lagu rentak rancak beliau . Beliau yang sebelum ini amat terkenal untuk jarang bercakap bersama penonton , kini tampil dengan amat ceria dan lebih menarik lagi beliau dilihat begitu ‘enjoy’  ketika konsert ini , dan buat peminat pula tidak perlu berkata apa , mereka sentiasa bersemangat untuk terus menyanyikan bersama-sama lagu M. Nasir .

M. Nasir meneruskan lagi lagu-lagu popular beliau “Keroncong Untuk Ana” , “Hijab Kekasih” , “Bonda” , “Juwita” , “Berikan Nurbisa” , “Hati Emas” , “Gerhana” dan “Sahabat Gua” . Walaupun ada ketika beliau lupa lirik dan masuk bukan waktunya , beliau sempat berlawak lagi mengenai keadaan itu . M. Nasir yang kelihatan mengah tapi sedikit pun tidak mencacatkan persembahan beliau , suara beliau tidak berubah apapun  , beliau sentiasa bertenaga dan peminat juga begitu , sentiasa bersemangat untuk menyanyi dan bersama beliau .

Dengan penyampaian akutik melalui lagu-lagu “Di Sebalik Cermin Mimpi” , “Keroncong Nostradamus” dan “Sesat Di Kuala Lumpur” , terus diraikan peminat untuk menyanyi bersama-sama .

M. Nasir dilihat penuh bersemangat dalam persembahan malam konsert , setiap inci pentas dikuasai oleh beliau dengan berlari kesana sini  . Apa yang sangat menonjol pada konsert ini ialah muzik M. Nasir dibawa dengan lebih padu ,  ia bukanlah dengan gitar distortion kerana itu bukan M. Nasir , tapi dengan pukul drum dan mainan double paddle yang membuat muzik beliau lebih bertenaga , sesuai untuk persembahan ‘live’ . Benarlah kata-kata peminat ketika persembahan beliau dalam konsert jelajah ini di negeri-negeri lain , muzik beliau bagaikan dilajukan tanpa membunuh ‘karakter’ muzik beliau .

Persembahan seni 40 tahun M. Nasir melaburkan tirainya dengan lagu-lagu , “Malam” , “Kepadamu Kekasih” , “Tanya Sama Itu Hud Hud” , “Ada” dan “Mentera Semerah Padi” .

Peminat yang datang ke konsert jelajah ini sebenarnya bukan sahaja melihat perjalanan seni 4 dekad M. Nasir  , tapi juga buat diri beliau secara peribadi .




TERBARU

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.