EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Oleh : nazghoul
11 Aug 2015 17:29

Artikel Dan Foto Oleh Nizam Kazzam

Setelah Let’s Rock Cancer Malaysia (LRCM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) berjaya menganjurkan konsert yang sama pada tahun lalu, kini gabungan ini kembali mengadakan Konsert Kesedaran Kanser yang telah dilangsungkan di Chancellor Hall pada 31 Julai yang lalu. Ini merupakan venue terbaru yang telah diberikan oleh pihak UTP untuk menjayakan Konsert Kesedaran Kanser ini. Chancellor Hall memberikan keselesaan kepada penuntut UTP yang hadir dalam konsert ini disamping itu dewan ini dilengkapi sistem bunyi yang boleh dikategorikan terbaik.

Perancangan untuk mengadakan Konsert Kesedaran Kanser ini telah dibincangkan oleh penaung LRCM/Yayasan Kanser Malaysia iaitu Mohammad Royzilee Mustaffa bersama pihak pengurusan UTP pada awal tahun 2015. Bersama penaja Enactus dan Zalora, Konsert Kesedaran Kanser telah berjaya dilaksanakan bersama artis-artis yang terkenal dan juga artis-artis baru antaranya ialah Emmett & Gang, Drama Band, Tonawarna, Azroy The Dashingmen (ATD), Razman & UTPian Band.  Konsert bermula seawal jam 8.30malam, yang dimulai dengan ucapan dari penaung LRCM/Yayasan Kanser Malaysia iaitu Mohammad Royzilee Mustaffa. Konsert Kesedaran Kanser dimulakan oleh band baru selaku wakil tunggal dari UTP iaitu UTPian Band yang menyampaikan dua lagu cover dari Sweet Charity dan Bruno Mars. Band ini cukup dikenali di UTP, tidak hairanlah mereka mendapat tepukkan gemuruh dari warga UTP yang hadir.

Selepas persembahan UTPian Band, seorang penyanyi Busking (OKU) iaitu saudara Razman mengadakan persembahan. Dewan terdiam seketika melihat kelibat insan OKU yang cacat penglihatan menghiburkan para hadirin dengan hanya menyanyi sambil bermain gitar elektrik. Razman bijak menceriakan suasana dengan coletehnya sebelum beliau menyampaikan lagu, beliau melagukan dua lagu cover dari kumpulan MOJO dan AKIM & The Majistret. Selepas persembahan Razman, band yang bernaung di bawah syarikat KGE (Kasi Gegar Entertainment) iaitu Tonawarna mengambil alih pentas. Tonawarna tidak asing bagi warga UTP, sebelum ini Tonawarna pernah beraksi di UTP dalam siri konsert LRCM yang lalu. Tonawarna menyampaikan beberapa lagu dari album mereka yang terdahulu dan mereka turut menyampaikan single terbaru mereka yang berjudul Nona. Persembahan Tonawarna diakhiri dengan sebuah lagu cover dari Butterfingers iaitu Mati Hidup Kembali yang menyaksikan dewan Chancellor bergema pabila lagu tersebut dinyanyikan beramai-ramai.

Kini giliran Drama Band menghiburkan hadirin yang hadir dengan persembahan lagu Selamat Hari Raya??..hmm...okler ada lagi mood raya. Rata-rata hadirin pun terhibur malah ada yang sudah berganjak dari bangku tempat duduk menuju mengisi ruang depan pentas. Nama Drama Band yang pada awal kemunculan mereka dengan lagu Babak Pertama terus meletakkan 'hit' Cerita Dia dan Biarkanlah. Maka bergegarlah Chancellor Hall dengan dendangan beramai-ramai pada malam itu.

Selepas persembahan Drama Band, band baru yang mahu dikenali dengan nama Azroy The Dashingmen (ATD). Band ini turut dianggotai oleh penaung LRCM/Yayasan Kanser Malaysia iaitu Mohammad Royzilee Mustaffa selaku pemain bass. ATD sebenarnya telah banyak mengadakan persembahan bersama siri konsert LRCM di seluruh tanahair. ATD menyampaikan beberapa lagu termasuk satu lagu cover dari Duran-Duran iaitu Come Undone dan juga lagu single pertama ATD iaitu Porak Peranda. Walaupun ATD merupakan band yang belum dikenali ramai namun sokongan tetap diberikan kepada ATD.

Band yang mengakhiri Konsert Kesedaran Kanser adalah Emmett & Gang, ramai yang tak sabar menanti kemunculan Emmett walaupun tidak bersama Butterfingers namun cukup terubat rindu peminat muzik grunge dengan persembahan Emmett. Tiada line up Butterfinger namun tidak bermakna tiada lagu-lagu Butter!...Emmett memberikan sepenuh tenaga menyampaikan lagu-lagu Butter yang banyak diambil dari album terdahulu termasuklah dari album terawal Butterfinger iaitu 1.2 Miligram. Sebaik sahaja persembahan Emmett & Gang berakhir, peminat Butter nampaknya tidak berganjak...mereka mahukan lagi..."we want more!" Maka terpaksalah Emmett & Gang keluar kembali menyampaikan lagu kemelayuan Mati Hidup Kembali yang turut sama dinyanyikan bersama-sama peminat. Sebaik sahaja selesai lagu tersebut, peminat masih mahukan lagi...masih ramai yang tidak berpuas hati. Mungkin kerana ada lagu-lagu yang menjadi minat tidak dipersembahkan terutama lagu dari album Transcendence. Namun Emmett yang setia bersama peminat, muncul kembali dengan gitar akustik untuk sama mendendangkan lagu Selamat Tinggal Dunia. Itulah lagu penutup dari Emmett dan berakhirlah sudah Konsert Kesedaran Kanser yang berjaya dianjurkan buat kali kedua. Dan sudah pasti Konsert Kesedaran Kanser akan diadakan lagi di lokasi yang sama pada tahun akan datang. Let's Rock!




TERBARU

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.