Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

14 Jun 2015 19:28

Konsert Wings yang berlangsung selama 7 hari bermula 10 sehingga 16 jun lalu di Istana Budaya bagaikan membongkar satu semangat dalam diri mereka , berdiri megah sebagai seorang rockers tetap tidak melupakan jati diri mereka , Konsert Wings Ta’akan Melayu Hilang di Dunia adalah konsert yang penuh sombolik daripada gergasi rock Malaysia ini , Konsert jelas menggambarkan mengenai budaya dan agama yang antara menjadi tunjang kuat dalam diri orang Melayu .

Pentas dibuka tepat jam 9 malam , bergabungan antara solo gitar Joe dan mainan serunai , sambil dibacakan puisi oleh pengacara pada malam itu , Aidil Abdul Ghafar , satu persatu anggota Wings mula memasuki pentas dengan siap lengkap berpakaian seperti pahlawan pada zaman kegemilangan Melayu . Bermula dengan lagu “Hukum Karma” dan “Bazooka Penaka” pentas terus digegarkan dengan muzik keras kumpulan Wings , sambil diteruskan pula dengan monolog oleh Joe bersama iringan serunai dan gitar beliau tanpa berlengah Joe terus dengan solo yang cukup menarik daripada beliau dan meneruskan lagu “Sayap Ilusi” , “Sembunyi” dan “Ranggi Metropolis”.

Black yang jarang dilihat bercakap memulakan monolog beliau , dan lagi sekali peminat terus teruja apabila Wings terus dengan lagu Tanjung Puteri’ dan tentunya lagu ‘Inspirasi Tamingsari’ yang juga memaparkan persembahan silat yang dramatic daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia .

Hampir keseluruhan persembahan Wings pada malam itu diiringi dengan silat mereka . Giliran Awie pula untuk bermonolog yang mana boleh dikatakan kesemua anggota Wings menyampaikan puisi yang sering berkaitan mengenai agama , bangsa , tanahair dan keluarga serta muzik mereka . Awie bersama choir terus memulakan dengan lagu-lagu ketuhanan “Asmaul Husna” daripada versi kumpulan Raihan , “Anugerah” , “Selawat dan “Dari Tuhan”Bersama Iringan Orkestra Tradisional Malaysia , persembahan kali ini cukup memberi kesan .

Anggota terakhir Eddie pula menyampaikan monolog beliau , beliau yang juga antara tidak pernah bercakap diatas mana-mana pentas ketika bersama Wings, tampil dengan gaya berseloroh , Kumpulan Wings meneruskan dengan lagu cover daripada Blues Gang “Ibu” , lagu perlahan begitu mencengkam apabila gabungan dengan unsur tradisional.

Wings memulakan set medley dengan lagu-lagu popular mereka , “Biru Mata Hitam Ku” , “Belenggu Irama” , “Potret Monalisa” , “Taman Rashidah Utama” ,  “Di Ambang Wati” , “Semalam Yang Hangat” dan “Sejati” . Secara jujurnya inilah medley yang terbaik , bukan kerana lagu-lagu popularnya tapi antaranya yang dinyanyikan cukup panjang , memberikan peminat masa untuk bersama menghayati , versi improvised yang mana gabungan untuk muzik tradisonal bergabung memberikan hasil yang menarik .

Konsert Bongkar , Ta’kan Melayu Hilang Di Dunia oleh Wings begitu memberikan sisi yang berlainan bukan sahaja memapaparkan muzik rock tapi lagu-lagu ketuhanan , bersama dengan elemen lain melalui iringan pesilat-pesilat juga memberikan kesan buat penonton.

Joe memang terkenal dengan improvised setiap lagu Wings melalui solo dan mainan gitar beliau , ianya sentiasa jelas dalam setiap konsert Wings , untuk kali ini juga beliau berjaya , pasti ramai yang terpukau dengan mainan beliau , walaupun dengan muzik rock , boleh dilihat gitar Joe di tone down sikit untuk gabungan muzik tradisional yang bersatu bersama muzik Wings melalui alunan serunai , kompang , gamelan , gong , violin dan banyak lagi alat muzik tradisi , ianya cukup gah .

Jika ingin disentuh mengenai gabungan muzik rock dan tradisi ini , ia sememangnya menghasilkan muzik yang berkualiti , Kumpulan muzik orck mahpun Metal diluar Negara telah melakukannya sejak dahulu lagi dengan gabungan alat muzik tradisional mereka .

Apapun pujian juga buat anggota Wings yang lain iaitu Eddie dan Black , malah vocal Awie kali ini juga telah disetujui oleh ramai peminat yang hadir menonton kerana memberikan vocal yang terbaik untuk konsert ini .

Bersama kumpulan para pesilat dan pemuzik tradisional , Wings menutup konsert pada malam itu dengan lagu “Opera Hidup” .




TERBARU

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.