Damasutra Masih Berbisa

Oleh : nazghoul
01 Jun 2015 20:04

Setelah sekian lama tidak bersatu di atas sebuah pentas, kini, Baggio, Alok, Assu dan Am bergabung kembali untuk memeriahkan lagi industri muzik tempatanMereka yang telah beraksi dalam siri “Live Music” di Hard Rock Café Melaka baru-baru ini.  “Live Music The Best Of Damasutra” adalah sebuah persembahan eksklusif buat peminat kumpulan Damasutra, ianya di adakan bersempena 25 tahun penubuhan kumpulan iniTernyata persembahan selama satu jam setengah yang menghimpunkan lagu-lagu terbaik selain mengembalikan nostalgia peminat yang membesar dengan lagu-lagu Damasutra.

“Live Music The Best Of Damasutra” telah berlangsung pada 31 Mei yang lalu, biarpun tanpa sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat setia Damasutra, Bagio selaku vokalis cukup bijak mengawal situasi apatah lagi setiap lagu yang hendak dimulakan di serikan dengan kata-kata aluan untuk mengembalikan nostalgia pengunjung pada petang itu.

Persembahan bermula sekitar jam 3.30 petang itu disajikan dengan lagu ‘Faktor Prima’ yang dipetik daripada album “Kurnia” iaitu album kedua kumpulan DamasutraMeskipun melodi yang disajikan cukup untuk membangit energi, namun ianya dirasakan tidak cukup untuk mengajak penonton bernyanyi bersamaTanpa membiarkan hadirin terus bersoal dengan lagu seterusnya, Damasutra menghamburkan ‘killer songs’ pertama dari mereka‘Antara Sutra dan Bulan’ dilihat cukup untuk mengajak hadirin berlagu bersama.

Keupayaan vokal Bagio masih lagi berbisa begitu juga petikan gitar daripada Alok selaku gitarisUntaian ngaum bass daripada Amran masih padu begitu juga dengan hentakan drum daripada AssuUntuk set pertama Damasutra mengalunkan 6 buah lagu antaranya ialah Angin Lintang, Dalam Kembara Asmara, Asyik, Kekasih Gua Yang Baru dan Sesat Dalam Rindu.

“Inilah persembahan pertama Damasutra setelah lebih 18 tahun kami tidak bersama, apapun momen ini merupakan satu titik tolak untuk Damasutra kembali bangit bagi menghiburkan peminat yang dahagakan lagu-lagu merdu daripada kami”,ujar Bagio sebelum meninggalkan pentas seketika.

Setelah berehat hampir 15 minit Damasutra kembali semula dengan melodi rindu daripada lagu ‘Seribu Bayangan’Suasana yang sepi kini mula riuh dengan lontaran vokal daripada pengunjung yang seakan membuka lembaran silam mereka.

“Untuk pengetahuan anda, showcase pada petang ini tiada mendapat sebarang penajaan, namun kami (Damasutra) akan tetap teguh berdiriTerima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat handai dan anda semua yang terus memberikan sokongan untuk kami terus berdiri”,ujar Bagio.

Ternyata set kedua dilimpahi dengan rangkaian melodi yang melankolik antaranya ialah Sufi, Jangan dan apa yang pasti Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang menjadi penanda aras kepada kumpulan Damasutra dan lagu tersebut menjadi penutup untuk persembahan eksklusif buat peminat yang merindui kemunculan semula Damasutra.




TERBARU

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Sambutan 10 Tahun Buat Kumpulan PESAWAT Dan PLAGUE OF HAPPINESS

Lagu Pertama Kali Oleh SALIMEY Yang Popular Melalui Runut Bunyi Drama

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

Konsert SHEILA ON 7 Live In Kuala Lumpur 2018 Dan Tiket Mula Dijual Pada 21 Disember 2017

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.