"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Oleh : nazghoul
07 May 2015 19:45

Lakon tari Matah Ati yang pernah menawan penonton di Singapura, Jakarta dan Solo kini dipentaskan di Panggung Sari Istana BudayaLakon tari itu ditulis dan diarah oleh penggiat teater yang terkenal di Indonesia, Atilah Soeryadjaya yang juga bertindak sebagai pereka busana dan penerbit . Ia adalah pementasan yang cukup klasik yang pernah dibawa dari Indonesia .

Matah Ati merujuk kepada perjuangan yang membenihkan rasa cinta kepada tanah air dan perpaduan serta membentuk nilai-nilai kemanusiaanIanya juga mengangkat kisah seorang gadis kampung bernama Rubiyah yang menarik perhatian seorang bangsawan istana, Raden Mas Said. Mereka jatuh cinta dan berkahwin serta bersama-sama menyertai perang melawan Belanda .  

Inilah antara intipati utama Matah Ati , kisah perjuangan sejarah rakyat Indonesia , disulami dengan tarian dan kesenian yang tinggi , disebalik ialah muzikal dan nyanyian yang cukup menyentuh jiwa , walaupun maknanya agak kurang untuk difahami kerana menggunakan bahasa jawa sepenuhnya . Namun Matah Ati menyerlahkan budaya mereka , sifat kelembutan dengan tarian dan memaparkan adat yang penuh simbolik , serta penyatuan antara rakyat dalam menentang penjajah .

Walaupun pementasan ini mengetengahkan kisah cinta antara dua darjat iaitu rakyat biasa bernama Rubiyah dan bangsawan bernama Raden Mas Said , tapi secara keseluruhan ia telah memaparkan gambaran secara menyeluruh mengenai kesenian dan adat mereka , pementasan ini merangkumi segala kehidupan biasa rakyat dan bangsawan , memaparannya dengan penuh tersusun , Matah Ati membawa dengan penuh kehalusan dan hasilnya sangat cemerlang .

"Cabaran terbesar kami ialah bagaimana mempersembahkan sebuah produksi yang mengetengahkan apresiasi budaya, memberi makna dan pada masa sama menarik untuk ditonton,"ujar Atilah Soeryadjaya

Lakon tari ini diberikan sentuhan moden oleh penata artistik, Jay SubiyaktoIni adalah kali pertama sebuah persembahan teater dengan skala besar dari Indonesia dibawa ke Malaysia.

"Matah Ati tidak hanya mengangkat kisah sejarah Jawa tetapi ini adalah sejarah rantau ini. Saya berbesar hati mempersembahkan teater epik ini kepada rakyat Malaysia yang juga berkongsi budaya dengan masyarakat Jawa,"ujar Puan Sri Tiara Jacquelina

"EVM percaya pementasan Matah Ati bertaraf dunia, berkualiti tinggi dan secara peribadinya, saya sangat berbangga kerana dapat bekerjasamaTambahan pula, kami sentiasa menginginkan dan suka menonton setiap persembahan yang menakjubkan ini”, ujarnya lagi.

Matah Ati turut menggabungkan muzik, drama dan tarian itu menampilkan 58 penari profesional untuk memberikan persembahan hebat dan bertenaga selain dua penari sebagai tonggak utama iaitu Fajar Satriadi dan Rambat Yulianingsih.

Lakon tari sepanjang 1 jam 45 minit memaparkan budaya dan tradisi Istana Mangkunegaran melalui tarian klasik dan tembang Jawa. Lakon tari yang mengangkat kisah sejarah penentangan kaum wanita Jawa terhadap penjajahan Belanda di Jawa, Indonesia itu akan menemui peminat teater di negara ini selama tiga malam bermula 7 Mei dan akan berakhir pada 9 Mei ini.

Tiket-tiket berharga RM70, RM100, RM140 dan RM200 boleh didapati di www.airasiaredtix.com, cawangan Rock Corner, Victoria Music, Artist Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall dan juga di Istana Budaya Box Office.

 




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.