2018-05-23_11-11-26

Muzika Nusantara Menghimpunkan Tradisi Kepelbagaian Etnik Di Nusantara

16 Mar 2015 18:23

Muzika Nusantara yang dipentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Mac lalu telah membawa kepelbagaian etnik yang antara 2 negara yang bersahabat iaitu Malaysia dan Indonesia , dengan slogan “Senadi Dalam Seni” sememangnya kerjasama antara Istana Budaya, Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini cukup memberi makna , menampakkan bagaimana budaya antara 2 negara ini cukup dekat antara satu sama lain , secara sejarahnya ia bukanlah satu kejutan kerana Asia Tenggara yang kini terdri daripada pelbagai Negara sememangnya berasal dari satu naungan , yang digelar Nusantara, ia menunjukkan bagaimana gahnya etnik ini kaya dengan peradaban dan seninya .

Nama besar seperti Dato Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti yang tampil dalam menyanyikan lagu-lagu tradisional cukup dijadikan sebagai penarik . Membuka ialah dengan laguAla Dondang” nyanyian Dato Siti Nurhaliza, yang merupakan tarian ‘selamat datang’ dan membawa penonton ke zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 .

Tarian Mengadap Rebab, daripada etnik Pattani dibawa oleh Pak Yong tersohor negara Rosnan Rahman , ia adalah tarian daripada teater tradisional Mak Yong dan diasaskan oleh kerajaan Pattani pada kurun ke-19 , yang pada ketika itu antara sebahagian daripada kerajaan Melayu , kini dibawah wilayah selatan Thailand , popularitinya terus tersebar hingga ke timur semenanjung , Kelantan .

Pesembahan terus dibawa ke etnik Jawa , dengan tarian Permainan Dolanan , yang sangat popular oleh masyarakat jawa , selain tarian , persembahan tradisional Jawa ini juga akan dinyanyikan oleh beberapa penyanyi wanita . Selepas itu daripada etnik Baba dan Nyonya , Dondang Sayang , yang wujud juga sekitar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 , ia dikatakan sebagai sejenis balada cinta Melayu tradisional . Pada persembahan ini hanya lagu Dondang Sayang dipersembahkan walaupun pada asasnya penyanyi akan bertukar pantun antara satu sama lain dengan gaya yang ceria antara satu sama lain .

Dipersembahkan lagi dengan lagu dan tarian daripada etnik Bawean iaitu Tarian Kercengan yang mana ia diilhamkan daripada puji-pujian dan lagu selawat , dan penari akan mengikut gerak mengikut irama gendang yang dipalu . Penonton terus dipersembahkan dengan Tarian Zapin , yang sememangnya diilhamkan oleh peranakkan daripada Timur Tengah iaitu Yaman , ia terus popular di Nusantara terutama Semenanjung Tanah Melayu.

Tarian etnik Bugis iaitu Tarian Kipas Pakarena yang dilihat mempunyai persamaan dengan tarian dikir barat , merupakan tarian kegemaran tradisi masyarakat Gowa . Penonton terus dihidangkan dengan kepelbagaian tradisi daripada etnik Aceh dengan Tarian Saman , ia sering ditarikan dalam merayakan peristiwa-peristiwa penting dalam adat , Syair juga dideklemasikan dalam bahaya Gayo .

Turut dipersembahkan ialah daripada etnik Mandailing dengan Gordan Sembilan Dan Tor Tor yang telah wujud sejak ratusan tahun lalu sebelum kedatangan Islam  , persembahan yang berasal daripada pendalaman pantai barat daya Pulau Sumatera . Tarian Ampar-Ampar Pisang daripada etnik Banjar yang menceritakan tentang pisang yang dkerumuni serangga terbang yang sangat suka pada baunya , ia juga meraikan makanan kuih ‘rimpi’ yang diperbuat daripada pisang . Penyanyi cilik , Tegar yang turut menyanyikan lagu tradisi ini dengan bahasa etnik Banjar .

Dibawakan juga tarian tradisional masyarakat Bengkulu dengan Tarian Tabot serta daripada etnik Kampar dengan Ek Lola Kuntang Barendo , sebuah lagu untuk mendodoikan bayi , mengisahkan tentang pergaulan anak-anak mudah zaman sekarang yang berbeza jika dibandingkan zaman dahulu . Etnik Minang menampilkan dengan tradisi Randai yang merupakan persembahan teater etnik Minangkabau yang menggabungkan seni muzik , tarian, nyanyian dan pencak silat . Tarian Piring daripada etnik Minang juga dipersembahkan , tarian yang berusia ratusan tahun ini menggambarkan kegembiraan ketika musim tuai padi tiba .

Terus ke negeri Sarawak yang dikenali sebagai negeri ‘Kenyalang’ , mempersembahkan Miring iaitu upacara persembahan atau berdoa kepada tuhan/petara bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman . Pakaian tradisional pula terdiri daripada kaum Iban , Orang Ulu dan Bidayuh .

Tarian Sabah , menggabungkan beberapa tarian yang dipersembahkan oleh kalangan penduduk tempatan pendalaman Sabah seperti Kadazan Dusun , Kuijau dan suku kaum Murut , Tarian ini diiringi muzik paluan seperti Gong dan Tanggugak . Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa majlis keramaian di kampong ataupun sewaktu pesta menuai .

Meneruskan persembahan ialah deklemasi puisi oleh Dr Lim Swee Tin dan Rafly Kande daripada Indonesia , yang mana Dr Lim Swee Tin telah mempersembahkan bacaan “Gita Rumpun Kita”

Persembahan dimeriahkan lagi dengan artis popular dengan kemunculan Tegar membawakan lagu ‘Sewu Kuto’ , Kris Dayanti dengan lagu ‘Es Lilin’ dan ‘Angin Mammeri’ serta Dato Siti Nurhaliza kembali dengan lagu “Kurik Kundi” dan “Papalewea” .

Persembahan pada malam itu diakhiri dengan nyanyian bersama-sama artis yang terlibat dengan lagu “Rasa Sayang” , Persembahan ini telah memaparkan 11 tarian etnik daripada Malaysia dan Indonesia . Ia sememangnya persembahan yang membuka mata , bagaimana kita lupa bahwa kita sememangnya bersaudara dan serumpun , keaslian tradisi yang perlu dipertahankan , kepelbagaian etnik yang pernah bersatu dibawah nuangan yang sama dan digelar Nusantara. mengingatkan kita bagaimana sejarah kita yang telah bermula dahulu .




TERBARU

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.