2018-05-23_11-11-26

Konsert 'Rockers Kasi Gegau' Benar-Benar Bergegar

Oleh : nazghoul
17 Nov 2014 19:01

Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’

Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’

Biarpun ada di antara kumpulan-kumpulan rock dekad 80an dan 90an yang telah terkubur namun masih ada lagi yang kembali ‘bernafas’, semuanya adalah atas permintaan serta sokongan kuat di kalangan peminat yang tidak mahu mereka terus terkubur begitu sahajaSalah satu usaha yang dilakukan adalah dengan menganjurkan kembali konsert-konsert rock. “Rockers Kasi Gegau” anjuran Gegau FM yang telah diadakan di Dewan Hang Tuah Melaka, baru-baru ini ternyata mampu mengembalikan nostalgia yang telah terpadam apatah lagi ianya turut mendapat sokongan daripada beberapa artis rock yang turut turun padang. 

Tepat jam 9.30 malam DJ Amy selaku emcee telah berceloteh panjang mengenai tujuan penganjuran konsert kali ini, ‘Berhibur Sambil Beramal’ adalah intipati utama yang diserapkan.  Kehadiran Yazit selaku pemain drum kumpulan Search di atas pentas seolah-olah menyuntik semangat kental para hadirin untuk menyokong beliau.  Paparan video mengenai infeksi penyakit yang melanda dirinya di persembahkan kepada khalayak.  Ternyata ‘sang gendang’ ini masih mahu berkongsi pengalaman dan menyatakan bahawa seni yang mengalir dalam dirinya seolah-olah ubat yang cukup bermakna.

‘Balada Pemuzik Jalanan’ kolaborasi antara Kis, Oliver dan Nik dari kumpulan Putra serta ketukan Yazit ternyata mampu memberikan impak kepada hadirin.  Biarpun bahang konsert baru bermula tetapi hentakan serta ketukan drum dari Yazit memberikan aura kepada peminat yang terdiri dari kalangan penyokong wirama rock tempatan.

Kehadiran Ali, Din, Adeeq serta Lan seakan mengubah persepsi peminat rock leleh kepada Lela, apatah lagi mereka baru sahaja tampil dengan album terbaru yang berjudul “Rialiti Dalam Mimpi”.  Semuanya diterjemahkan oleh Lela dalam persembahan yang cukup bertenaga hingga  mampu membuatkan hadirin untuk terus head banging.  Suasana bertambah panas apabila kehadiran Sabahan Rockers yang memenuhi ruang di bahagian hadapan pentas.  Lela turut mengalunkan lagu popular yang telah menaikkan nama mereka, Bidadari telah disampaikan oleh adik Iqbal yang vokalnya mirip Rifkee vokalis asal Lela. 

Ruang Dewan Hang Tuah digawangi lontaran vokal dari hadirin yang turut melagukan lagu tersebut.  Sebagai menghargai kehadiran peminat yang berasal dari Sabah, Ali selaku vokalis turut mengalunkan lagu Anak Kampung yang di popularkan oleh Jimmy Palaikat.  Lela mengakhiri persembahan dengan sebuah lagu yang cukup aggresif dan bertenaga.

Putra, sudah tidak perlu dipertikaikan kewibawaan mereka di atas pentas.  Biarpun usia sudah menjangkau angka 50an namun aliran darah rock dalam diri mereka tidak pernah hilang.  Tak Melayu Hilang di Dunia yang dipetik dari album pertama telah diperdengarkan. Nazira seakan memberi nyawa kepada peminat untuk turut berlagu, keupayaan vokal Nik masih utuh ketika mendendangkan lagu tersebut.  Sebuah lagu baru yang berjudul Mana Tau Ni turut diperkenalkan.  Tanpa alunan Kain Cinta Putih seolah-olah kehadiran Putra di atas pentas seakan kosong.  Lagu tersebut diberi nafas yang lebih segar dan bersifatkan kemelayuan.  Jadi tidak hairanlah mengapa di akhir melodinya telah diberi nafas ‘joget’ yang rasanya menghilangkan originaliti lagu tersebut.

Rintangan telah dipilih sebagai lagu penutup persembahan Putra, gorengan gitar dari Kis masih memukau hadirin begitu juga hentakan pukulan drum daripada Man yang masih lagi padu biarpun kadangkala beliau bangun dan berjalan-jalan seketika seakan mendapatkan nafas yang lebih segar untuk terus berkemudi.  Keghairahan Oliver selaku bassis yang masih muda pastinya memberikan perspektif positif di kalangan pemuzik serta peminat yang terus menyokong Putra.

Pentas tidak dibiarkan lama kosong, pekikan serta jeritan yang memanggil nama Sofea terus berhamburan dari kalangan peminat.  Kontroversi yang melanda kumpulan yang bersifatkan glam rock pada awal kemunculan muzik rock di Malaysia sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat mereka. 

Boneka Pentas yang juga judul album ketiga kumpulan ini menjadi pilihan untuk mereka memanaskan badan. Godaan Syaitan seakan memberi energi kepada hadirin yang memenuhi ruang hadapan pentas untuk melakukan aksi head banging namun pujian harus diberi kepada peminat yang masih lagi mengekalkan etika sebagai peminat rock.

Sofea yang kini dibarisi oleh jentera rock kapak sejati, Amir, Sham, Man Rani serta Wak Yus terus menghamburkan dentuman, petikan serta lontaran kepada peminat.  Hati Syaitan dan Mata Sepet membuatkan para peminat seakan histeria, suasana dewan yang dilimpahi hawa dingin kini berrtukar menjadi panas.  Sofea sememangnya sukar untuk di gugat, mereka mempunyai aura rock yang cukup tebal.

Mikrofon kini bertukar tangan, Man Rani menyampaikan lagu Bunga Padang Pasir dalam intonasi yang masih sama ketika di dalam album “Anak Liar”.  Biarpun hakikatnya rock kental tetapi jiwanya masih lagi diwarnai jambangan serta kuntuman bunga yang terus mekar.  Amir kembali mengembalikan nostalgia dengan lontaran Gadis.  Sofea melabuhkan tirai persembahan dengan lagu Orang Timur.  Kredibiliti setiap anggota sentiasa di ambil berat agar tidak tergelincir apatah lagi menyebarkan virus Sofea kepada generasi baru yang baru mengenali muzik rock.

Konsert “Rockers Kasi Gegau” ternyata cukup meriah biarpun bilangan penonton yang hadir tidak sampai 500 orang, mungkin inilah impak yang terpaksa di tanggung oleh pihak penganjur setelah ianya di tunda.  Jentera yang ditampilkan cukup hebat tetapi sistem bunyi serta lighting yang dipersembahkan sekadar mampu memenuhi halwa telinga dan pandangan mata.

 Rock n Roll juga mementingkan aspek-aspek teknikal yang dikira sebagai penambah perisa kepada persembahan. namun pujian harus diberikan kerana masih mampu menghidupkan nostalgia rock n roll yang mula menyerang industri muzik tempatan pada tahun 80an.

 

Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’
Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’ Konsert ‘Rockers Kasi Gegau’




TERBARU

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.