Album Kompilasi AIM 20 Adalah Mercutanda Anugerah Industri Muzik

Oleh : nazghoul
13 Jan 2014 21:10

Tanggal 14 Disember 2013 yang lalu telah berlangsungnya sebuah majis yang cukup berprestij, Anugerah Industri Muzik atau AIM ke 20 telah menjadi medan untuk mengiktiraf bakat-bakat besar masa kini dalam industri muzik tempatan.  AIM adalah anugerah utama dalam industri rakaman muzik di Malaysia.

Bersempena dengan penganjuran tersebut sebuah album kompilasi telah diterbitkan, ia adalah mercutanda sambutan ulangtahun penganjuran AIM ke 20.  Sebanyak 16 buah lagu telah terpilih daripada sejumlah 596 pencalonan yang diterima.

“Pemilihan dibuat oleh jawatankuasa AIM berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan serta mendapat tempat di kalangan pendengar. Malah, lagu-lagu yang dimuatkan juga seringkali dimainkan di corong-corong radio dan sering mendapat permintaan,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 20, Rosmin Hashim ketika ditemui di majlis kesyukuran dan pelancaran album kompilasi tersebut di Restoran Puteri baru-baru ini.

Antara lagu yang dipilih adalah seperti 'Bahagiamu Deritaku' yang dinyanyikan oleh pemenang kategori 'Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) iaitu Hafiz Suip, 'Setia Hujung Nyawa', nyanyian Fiq serta lagu 'Apa Kono Jang 2012' yang menyaksikan kolaborasi antara Datuk AC Mizal, Rafidah Ibrahim dan Stella Band,'Rembau Most Wanted' nyanyian Waris, dan 'Muara Hati', nyanyian Hafiz Suip & Datuk Siti Nurhaliza.

Kehadiran wajah-wajah baru dalam AIM diharap dapat memeriahkan industri muzik yang semakin suram. Seiring dengan majlis yang berprestij tersebut, syarikat rakaman Warner Music  diberi tanggungjawab untuk mengedarkan album yang memuatkan lagu-lagu yang dipertandingkan. Album ini telah diterbitkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)

Menerusi album yang telah berada di pasaran sejak 19 Disember lalu, peminat dapat mendengar pelbagai rentak lagu seperti balada, rock dan sebagainya. Kelebihan album ini, selain menampilkan pelbagai rentak, pendengar juga dapat menikmati dendangan daripada barisan artis popular dan baru tanah air.

Album ini diharap dapat memberi gambaran kepada peminat tentang genre muzik dan bakat yang memeriahkan industri muzik masa kini. Ini kerana penganugerahan AIM diberi kepada artis berdasarkan kepada keupayaan dan kualiti kerja yang ditampilkan dan bukan kerana populariti.  Album ini boleh didapati dengan harga RM27.90.




TERBARU

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

QASIDAH NIGHT Bersama SYARIFAH KHASIF Dan RAIHAN

FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

PRINCE AFFA Mengikut Jejak Ibu Sebagai Penyanyi

Paduan 3 Vokalis Dalam Konsert 3 Suara

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.