ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Lady Antebellum "Own The Night" (Warner Music)

27 Dec 2011 00:35

Oleh : nazghoul

 

Lady Antebellum adalah trio yang berpaksikan nuansa country rock dalam muzik yang digalasinya.  “Own The Night” merupakan album ketiga dari mereka selepas album “Need You Now” yang telah diriliskan pada tahun lepasApa yang pasti album ini juga merupakan antara karya terbaik yang pernah mereka hasilkan sebelum iniBiarpun ramai lagi dikalangan peminat mereka yang masih diselimuti ‘keghairahan’ menikmati wirama country rock melalui album kedua, namun itu bukanlah halangan untuk memberi ruang kepada rilisan terbaru dari Lady Antebellum.

Bermula dengan trax yang berjudul “We Own The Night” yang banyak dipengaruhi muzik folk, trio ini cuba memberi keseimbangan dan keserasian terhadap muzik country dan rock,namun ianya masih berbaur nuansa yang samaKehadiran kolaborasi vokal diantara wanita dan lelaki benyak memberi kelebihan terhadap Lady Antebellum.  Namun kadangkala ada kedengaran di beberapa buah lagu yang memberi klise yang berulang-ulang terutamnya pada lagu “Cold As Stone”.  Sekiranya anda adalah peminat muzik pop balada yang diintipatikan dengan instrumen piano pastinya anda gemarkan lagu yang berjudul “As You Turn Away”, dimana trio ini mempamerkan kepelbagaian terutamanya dalam persembahan muzik dan keupayaan vokal masing-masing.


“Own The Night” boleh diklasifikasikan sebagai sebuah album yang berjaya untuk pasaran komersil walaupun terdapat beberapa kepincangan yang harus diberikan perhatian.  Kehadiran lagu “Need You Now” yang dipersembahkan secara akustik sekurang-kurangnya berjaya menutup sedikit kelemahan yang terdapat dalam album ini.  Apapun seandainya anda adalah fanatika Lady Antebellum, anda perlu mendapatkan album yang telah mula berada dipasaran tempatan.


WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.