ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

XPDC "Real 'N' Reality Vol 2" (Hup Hup Sdn Bhd)

19 Dec 2011 01:59

Oleh : nazghoul

 

Ini bukanlah album baru dari XPDC tetapi sebuah album penghargaan buat  Ali (Mpire/Terra Rossa).  Jika dalam album ‘Real ‘N” Reality Vol 1’ dahulu menampilkan Mael sebagai tunjang utama, tetapi sebaliknya pada album ini.  Mungkin ramai dikalangan peminat setia XPDC yang hanya menerima Mael selaku vokalis tetapi fakta dan sejarah sudahpun dicipta, Ali juga sudah sebahagian daripada XPDC.  “Real ‘N’ Riality Vol 2” masih lagi menghimpunkan seleksi lagu-lagu terbaik dari XPDC tetapi lebih sinonim dengan album-album yang pernah Ali dan XPDC disatukan.  Kompilasi yang mengandungi 20 buah lagu termasuk sebuah lagu terbaru yang berjudul ‘Sepi Rindu’ nyanyian Ali.  Lagu tersebut sudah mula menawan corong-corong radio.  Apa yang boleh saya simpulkan disini ialah sekiranya anda adalah fanatika XPDC album ini harus berada dalam simpanan anda.  Antara lagu-lagu menarik yang terdapat dalam kompilasi ini adalah “Sepi Rindu”, “C.T Cinta Kenangan Silam”, “Sakinah”, “Aku dan Sesuatu”, “Berdesup Cahaya”, “Tak Nak Jadi Soh Cai” dan sebagainya.  Menariknya Life Records sekadar mahukan RM29.90 sahaja.  Harga yang cukup berbaloi buat semua penggemar muzik.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.