ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Kompilasi "Gen 2 Rock Jiwang" (Life Records)

19 Dec 2011 01:52

Oleh : nazghoul

 

Siri kompilasi “Gen 2 Rock Jiwang” masih lagi mendapat tempat dihati penggemar muzik yang berteraskan rock.  Kehadiran kumpulan-kumpulan rock sekitar penghujung tahun 80an serta diawal tahun 90an masih ‘tepu’ dalam lingkaran minda peminat muzik rock, jadi tidak hairanlah mengapa siri kompilasi ini masih lagi menjadi ‘santapan’ para pembeli.  Kali ini pihak Life Records telah memuatkan 26 buah lagu dalam sebuah kompilasi yang didatangkan dengan 2 keping cakera padat.  Nama-nama besar seperti Zabarjad,Fotograf, Laksamana, Scan, Meditasi, UG14, Utopia, Farenheit, Strategi, Putra, Ekamatra dan AXL telah ditampilkan dalam kompilasi ini.  Apa yang menarik dan mengapa anda harus mendapatkan siri kompilasi ini adalah kerana ianya turut mengadungi 4 buah lagu yang telah diadun semula dan dinyanyikan oleh vokalis asal kumpulan berkenaan.  “Karam”, “Bila Diburu Kenangan”, “Jika Kau Rela” dan “Titian Hasrat” adalah lagu yang telah diberi nafas baru.  Sekiranya anda suka menyanyi samada untuk menghiburkan hati sendiri atau ingin berkaraoke bersama teman-teman, pihak Life Records juga turut mengeluarkan “Gen 2 Rock Jiwang” dalam versi karaoke dan apa yang penting klip-klip video yang dimuatkan mengekalkan originaliti lagu asal dan vokalis asal kumpulan berkenaan.  Sekiranya anda berminat bolehlah memiliki album ini dengan harga RM29.90 bagi 2 keping cakera padat

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.