ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Qua Anwary "Kekasihku" (NSR)

15 Dec 2011 01:35

Oleh : one.barchiel

 

Dengan pakej wajah tampan serta suara yang lunak merdu, mampukah penyanyi baru syarikat rakaman NSR menghangatkan industri seni suara kita? Jawapannya mungkin ya, setelah dinilai dari penyampaian nyanyian beliau di dalam album sulung Kekasihku”. Strategi syarikat rakaman dengan mempertaruhkan beberapa lagu saduran, lagu-lagu yang pernah hit daripada nyanyian artis asal mungkin dipertikaikan sesetengah pihak, namun ianya dilihat sebagai menguji kemampuan vokal Qua Anwary. Bukan calang-calang lagu saduran yang beliau sampaikan. “Menaruh Harapan” (artis asal: Zaitaon Sameon), “Misteri Mimpi Syakilla” (artis asal: Wings), “Dilema Rindu” (artis asal: Dinamik) dan “Tiada Lagi” (artis asal: Amy Search) merupakan lagu-lagu yang agak mencabar. Disampaikan dengan lenggok beliau sendiri serta diiringi oleh rentak yang telah diolah kembali, ternyata ia menampakkan ke mana arah konsep sebenar Qua Anwary – pop/rock balada. Menyanyikan kembali lagu-lagu dari artis yang berlainan era dengan beliau juga adalah penghormatan beliau buat artis-artis tersebut.

Anak kelahiran kelantan ini sebenarnya pernah aktif dalam dikir barat sebelum ini. Menyertai dunia pop/rock mainstream merupakan satu cabaran dan percubaan beliau mengembangkan sayap di dalam bidang nyanyian. Lagu-lagu beliau sendiri seperti “Cinta Robihah” dan “Kekasihku” adalah potensi hit dan mudah diterima pendengar di Malaysia yang majoriti berjiwa balada.

Berbeza dengan arus industri sekarang yang banyak menampilkan bakat-bakat dari program reality TV, Qua Anwary bukan dari kelompok sedemikian. Beliau telah mencuba nasib dengan menghantar demo nyanyian beliau kepada syarikat rakaman dan telah ditawarkan kontrak.  Dengan penerimaan menjadi artis rakaman syarikat tersebut, ianya cukup untuk membuktikan kepercayaan yang telah diberi buat bakat beliau.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.