ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Natalia Kiss "Perfectionist" (Universal Music)

15 Dec 2011 01:15

Oleh : nazghoul

 

Mungkin ramai dikalangan kita yang tidak begitu mengenali Natalia Kills, namun itu bukanlah alasan untuk anda terus mengenepikan album iniBeliau adalah seorang penulis kelahiran British malah penglibatan beliau dalam bidang seni adalah berdasarkan undian yang telah dijalankan di Myspace dan bakat beliau seterusnya di kesan oleh Will.I.Am yang membantu beliau untuk meriliskan album dibawah syarikat Rekod Cherrytree. “Perfectionist” banyak dipengaruhi dengan elemen elektro pop malah lagu “Zombie” pernah menjadi single pertama beliau turut dimuatkan dalam album ini, begitu juga dengan lagu “Mirrors”.  Kedua-dua lagu ini terlalu besar peranannya untuk menaikkan nama Natalia Kills.

Album ini secara keseluruhannya adalah cukup dengan rencah lagu-lagu pop elektronik dengan menampilkan sedikit elemen rock terhadap sesetengah lagu.  Anda mungkin akan menyukai lagu “Wonderland”, “Free” dan “Nothing Lasts Forever”.  Kadangkala album ini mengingatkan saya kepada Lady Gaga, namun segalanya bergantung kepada kemampuan beliau dan masih terlalu awal untuk membuat perbandingan tersebut.  Natalia Kills sememangnya insan yang cukup kreatif  dan sekiranya anda sukakan Natalia Kills anda boleh mendapatkan album ini yang sudah lama berada dipasaran tempatan.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.