ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Nuclear Strikes "Megastorm Eyes" (Madratts Production)

07 Dec 2011 02:26

Oleh : one.barchiel

 

Mendengarkan lagu pertama dari album mini ini, “Megastorm Eyes” membawa nostalgia saya kembali kepada band lagenda Heavy Metal dari barat iaitu Warlock. Persamaan yang paling ketara adalah pengunaan front-girl selaku vokalis utama. Muzik Heavy Metal yang rapi – gitar distort yang crunchy, bass dan drums yang padu, kawalan suara yang bersesuaian dan dimainkan dengan ritma yang empatik. “Last Saviour” menyambut lagu pertama dengan jiwa rancak yang sama sebelum “Memoir of A Friend”, sebuah balada, memperlahankan rentak sedikit. Setelah mengamati balada tersebut, ternyata ianya mempunyai ciri-ciri ke-Melayuan dari riff-riff ala-Rockapak yang tercipta.

“Red Soldier” dimulakan dengan riff yang menarik dan catchy, dan nostalgia saya sekali lagi dibawa ke era Rock-Metal 80’an dimana band-band seperti Dokken, Stryper mahupun Loudness begitu popular. Pengaruh-pengaruh muzik band-band tersebut ada pada lagu tersebut dan juga lagu seterusnya “Terminal Danger”. Corak muzik yang lebih condong kepada Hard Rock membuatkan album ini mudah menyusup ke jiwa Rockers-Rockers kita, walaupun trademark Nuclear Strikes adalah Heavy Metal. Keseluruhannya album ini tidak begitu berat dan dari segi kualiti bunyi, masih banyak ruang yang boleh digilap terutamanya pada rakaman gitar yang mungkin lebih menjadi jika ianya diadun dengan lebih berat dan padat. Apapun, ini merupakan percubaan pertama yang positif dan diharap ianya dapat menarik ramai peminat-peminat Rock/Heavy Metal di luar sana untuk memberikan tumpuan mereka kepada nama Nuclear Strikes. Dengan penglibatan Nuclear Strikes pada konsert-konsert besar sejak akhir-akhir ini, adalah dijangka nama band ini bakal meledak satu hari nanti. Jika ada satu band yang dilihat berpotensi menjadi pelapis bagi band-band bertaraf elit yang telah terbit pada era emas fenomena Rock/Heavy Metal negara kita, Nuclear Strikes adalah band tersebut!

Album-mini ini juga telah diselitkan sebuah lagu bonus, sebuah lagi balada - “Memori Hidup”. Kulit album yang menarik dimana terdapat karikatur setiap anggota band dan pada centerfold-nya dipaparkan pula gambar-gambar Nuclear Strikes pada gig-gig dan konsert-konsert yang mereka sertai serta gambar-gambar lain secara rambang.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.