ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

SONIC YOUTH "Hits Are For Squares" (Universal Music)

07 Dec 2011 02:24

Oleh : one.barchiel

Sonic Youth, band alternatif-rock dari New York, Amerika telah ditubuhkan pada 1981. Dari zaman DIY dan antara pelopor noise rock ketika itu sehingga mereka memasuki dunia mainstream, sudah 16 album yang mereka keluarkan. Yang terbaru, “Hits Are For Squares” merupakan gabungan kompilasi lagu-lagu yang dipilih oleh lain-lain selebriti yang meminati muzik mereka – 15 kesemuanya dan terdapat juga bonus satu lagu rakaman terbaru Sonic Youth.

Selebriti-selebriti yang membuat pemilihan lagu-lagu terdiri dari rakan-rakan muzik seperti Flaming Lips dan Eddie Vader serta pelakon-pelakon seperti Portia De Rossi dan Michelle Williams. Pada sampul dalam kulit album ini terdapat pula komen-komen ringkas daripada selebriti-selebriti terbabit mengenai lagu-lagu pilihan mereka.

Tidak hairanlah album ini telah mendapat jolokkan album di mana ‘bintang-bintang bertemu’. Lagu-lagu yang terpilih adalah berdasarkan jiwa naluri selebriti-selebriti tersebut, dan ini bermakna tidak kesemua lagu-lagu yang ada adalah yang terbaik dari Sonic Youth. Apa pun, lagu-lagu yang terpilih dapat menggambarkan peralihan era kumpulan tersebut daripada dunia underground ketika mereka masih dengan hardcore-punk sehingga ke era terkini mereka yang lebih kepada Rock.

Gimik muka kulit depan dimana ianya memaparkan foto seorang jejaka tampan sedang duduk di sebuah restoran Starbucks bersama segelas minuman syarikat tersebut di atas meja, dilihat sebagai strategi pemasaran bagi nama Starbucks itu sendiri. Album yang pada asalnya diterbitkan oleh Starbucks Entertainment itu dipasarkan di sini oleh Universal Music.

Berikut adalah lagu-lagu yang mendapat slot di dalam album ini:-

1."Bull In The Heather" (dipilih oleh Catherine Keener dari album “Experimental Jet Set, Trash and No Star)
2."100%” (dipilih oleh Mike D dari album Dirty)
3."Sugar Kane" (dipilih oleh Beck dari album Dirty)
4."Kool Thing” (dipilih oleh Radiohead dai album Goo)
5."Disappearer”(dipilih oleh Portia De Rossi dari album Goo)
6."Superstar” (dipilih oleh diablo Cody dari album If I Were A Carpenter)
7."Stones" (dipilih oleh Allison Anders dari album Sonic Nurse)
8."Tuff Gnarl" (dipilih oleh Dave Eggers dan Mike Watt dari album Sister)
9."Teen Age Riot” (dipilih oleh Eddie Vader dari album Daydream Nation)
10. "Shadow of a Doubt" (dipilih oleh Michelle Williams dari album Evol)
11."Rain on Tin" (dipilih oleh Flea dari album Murray Street)
12."Tom Violence" (dipilih oleh Gus van Sant dari album Evol)
13."Mary-Christ" (dipilih oleh David Cross dari album Goo)
14."The World Looks Red" (dipilih oleh Chloe Sevigny dari album Confusion is Sex)
15."Expressway To Yr Skull" (dipilih oleh The Flaming Lips dari album Evol)
16."Slow Revolution" (Eksklusif: rakaman terbaru Sonic Youth) 

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.