ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Kompilasi "Terbaik Terbaik 80an" (NSR)

07 Dec 2011 02:21

Oleh : one.barchiel

2 CD 1 harga! Seperti yang tertera pada kulit muka depan cakera padat berkembar kompilasi Terbaik Terbaik 80an’ ini, ianya memang amat berbaloi. Terbitan yang mempunyai dua objektif - mengembalikan nostalgia silam bagi mereka yang membesar dengan era Pop/Rock Melayu zaman 80an dan juga memperkenalkan lagu-lagu lama buat generasi baru.

Lagu-lagu yang dimuatkan pula kebanyakkannya yang pernah menduduki carta-carta lagu terbaik tempatan. Seperti yang umum masih ingat, demam Rock telah melanda negara dari pertengahan 80an. Namun kompilasi ini walaupun mengetengahkan lagu-lagu era 80an, tidak tertumpu pada Rock sahaja. Hanya Rahim Maarof dan Febians yang dapat diklasifikasikan sebagai artis Rock di dalam kompilasi ini. Selainnya, majoriti adalah pop balada. Toki dengan lagu “Biasan” beliau pula mengingatkan kita pada era Pop-Rock beliau sebelum beliau lebih terserlah sebagai artis Irama Malaysia.

Seperkara lagi yang menarik, kompilasi ini juga telah mengembalikan nama-nama yang telah lama kita lupakan dalam arena seni suara. Jamilul Hayat, Zek, kumpulan Artstream, Salwa Abdul Rahman dan Norsheila Amin. Elaine Kang pula, berapa ramai yang masih ingat penglibatan beliau sebagai penyanyi sebelum lebih berjaya dalam kerjaya lakonan beliau?

Kompilasi Terbaik-Terbaik 80an’ ini sesuai bagi pendengaran pada waktu rehat-santai dan bagi refleksologi minda. Ya, bagi mereka-mereka yang berminda terbuka dalam menghargai muzik.

CD1
1.Jauh Di Sudut Hati- Sudirman
2.Takdir Penentu Segala – Jamal Abdillah
3.Gelora Cinta Ku – Jamilul Hayat
4.Anggapan Mu – Ziana Zain
5.Cinta Kristal – Rahim Maarof
6.Anak-Anak Kita – M.Nasir (terdapat kesilapan di mana pada sleeve album ditulis lagu “Suatu Masa”)
7.Kad Ucapan Mu – Norshila Amin
8.Mat Jiwa Jiwa – Gingerbread
9.Segalanya Mungkin – Headwind
10.Di Luar Kerelaan – Elaine Kang
11.Ketika Kemiskinan Menanti Di Pintu – Dhalan Zainuddin
12.Lembaran Baru – Rohana Jalil dan To’ ki

CD 2
1.Satu, Dua kau – Salwa
2.Keasingan Dalam Luka – Jay Jay
3.Untuk Mu Sayang – Febians
4.Siapa Dia Sebelum Daku – Roy & Fran
5.Hati Luka – Artstream
6.Biasan – To’ ki
7.Kau Lah Segalanya – Jamilul Hayat
8.Kerana Dia Kita Terpisah – Rohana Jalil
9.Puisi Cinta – Ilusi
10.Pesona Cinta – Zek
11.Mimpi Yang Tak Sudah – Ibnor Riza
12.Doa Buat Kekasih – Ramli Sarip dan Khaty Ibrahim
 

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.