ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Cobra Starship "Nightshades" ( decaydance )

30 Nov 2011 01:42

Oleh : one.barchiel

 

Synthpopsebuah definasi yang hanya dapat anda fahami sekiranya mendengarkan muzik Cobra Starship. Walau pun ditubuhkan pada tahun 2005 dan mengeluarkan 2 album dalam jangka masa 3 tahun selepas itu, nama Cobra Starship masih lagi asing buat sekian pendengar muzik mainstream pop. Sehinggalah tiba kepada album ke-3 mereka “Hot Mess” barulah Cobra Starship mendapat pendedahan yang mereka perlukan. Tidak dinafikan bahawa lagu “Good Girls Go Bad” dari album tersebut yang telah membantu menaikkan nama band ini.

Apakah itu synthpop? Trademark yang dipopularkan oleh Cobra Starship ini bertumpukan pada permainan melodik rave dengan menggunakan keyboard. Electropop, technopop merupakan antara antara elemen-elemen yang dapat dijumpai pada muzik sebegini. Tidak hairanlah istilah keytarist turut tercipta bagi pemain keyboard band ini. Diiringi muzik rave, disco beats yang rancak, permainan keyboard yang melodik menjadi perkara paling menonjol dan dominasi dalam membentuk corak muzik Cobra Starship. Terdapat juga pengaruh-pengaruh disko retro seperti OMD atau pun New Order.

Album terbaru dan ke-4 Cobra Starship baru sahaja terbit Ogos lalu dan ianya berjudul “Nightshades”. Lagu “You Make Me Feel …(feat. Sabi), “#1 Nite”, “Schwick (feat. Jump Into The Gospel) dan “Middle Finger (feat. Mac Miller)” menjadi antara lagu yang mula mendapat perhatian umum. Album terbaru ini sememangnya dipenuhi dengan gambaran synthpop yang telah diulaskan di atas. Lagu-lagu yang sesuai dimainkan pada sebuah parti tarian bagi darah-darah muda secara amnya. Fun and light – begitu lah apa yang dapat dikatakan tentang album ini secara menyeluruh. Lagu-lagu yang terkandung semuanya bertempo sederhana, selari dengan struktur-struktur yang tidak complex. Album yang mood-nya adalah party, tetapi tidak pula membingitkan.
 

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.