ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Ning Baizura "Dewa" (universal music)

24 Oct 2011 23:37

Oleh : nazghoul

 

Setelah sekian lama menyepikan diri, penyanyi dan diva bertaraf antarabangsa, Ning Baizura tampil semula di arena seni tempatan menerusi album studio baru berjudul Dewa’. Ini adalah album studio ke 12 dari Ning Baizura.  Album ini turut mendapat sentuhan dari Ning bersama komposer Audi Mok menerusi gabungan syarikat mereka berdua iaitu Happenings dan Satu Entertainment, ianya diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Album ini dilihat bakal membawa sinar baru dalam karier penyanyi bersuara lantang soprano ini ‘Dewa’ yang bermaksud Cahaya dalam bahasa Sanskrit, bakal menterjemahkan hala tuju baru Ning, sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan penghibur. Dewamenampilkan 8 buah lagu berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance, termasukMama Papa“,Raksasadan Bila yang kini kerap diputarkan di corong-corong radio. Album ini disifatkan agak moden dan lebih dekat dengan masyarakat bandar, namun “Dewa” sebenarnya tidak mempunyai sebarang konsep yang khusus atau tertentu. Menampilkan lagu rancak yang berentak elektro dan dance, namun masih ada lagu-lagu balada yang menjadi ‘hidangan’ yang  turut diselitkan di dalam album ini. Pemilihan Audi Mok sebagai penerbit bersama dan komposer sepenuhnya untuk album ini juga berdasarkan kepada persahabatan, kepercayaan serta kualiti dan hasil kerja komposer itu sendiri. Apa yang istimewa, Ning turut menulis lirik lagu yang berjudulPropaganda“ untuk album ini. Album ini juga menampilkan kebolehannya dalam pelbagai teknik vokal yang dan bukannya hanya soprano semata-mata. 

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.