ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

farasu album
Farasu "Against Tyranny" (Metasonic Production)

25 Nov 2015 08:34

Oleh : nazghoul

Setelah muncul dengan album pertama “Menongkah Arus” yang telah diriliskan pada tahun 2010, semangat pahlawan kental arus kegelapan ini tidak terus pudarMereka berkarya memerah idealogi untuk menzahirkan sebuah karyaan yang bermutu demi membuktikan kecintaan terhadap muzik yang diperjuangkan.

Setelah hampir 4 tahun, akhirnya “Against Tyranny” memecah gegendang telinga para metallers nusantaraBiarpun sudah agak lama album ini berada di pasaran ‘bawah tanah’ namun ianya masih lagi relevan untuk diberikan sedikit ruang untuk mereka-mereka yang masih lagi tidak menyedari akan kewujudan buah tangan terbaru daripada Farasu.

“Against Tyranny” masih lagi berpaksikan nuansa eastern metal yang menjadi proksi kewujudan Farasu. Malah album yang berpatikan 8 buah lagu termasuk sebuah lagu cover daripada kumpulan DIO ini lebih menyerlah keterampilannyaMereka semakin bijak mengatur susunan melodi ,malah lirik yang dihasilkan masih mampu untuk memikat pendengar yang tidak biasa dengan nuansa muzik yang diketengahkan.

Lagu-lagu  yang terdapat di dalam album ini terdiri daripada tema lirik yang pelbagai yang menyentuh tentang sindiran politik, mistik, ketuhanan dan kehidupan seharian.  Semuanya diterjemahkan secara sinis bersesuaian dengan tema eastern death metal garapan Farasu itu sendiri.

Ternyata “Against Tyranny” adalah sebuah album yang tidak harus dipinggirkan oleh peminat muzik ekstrim metal tempatan.  Jika “Menongkah Arus” lebih berpaksikan lirikal melayu, tetapi tidak untuk album ini yang di lihat sebagai penanda aras untuk Farasu bergerak lebih jauh.

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini adalah Qalha's Symphony, The Truly, Marhaen's Blood, Musica Al-Masyrik, Against Tyranny, Blame It All, Saronica Melodica dan Holy Diver (cover).  “Against Tyranny” di terbitkan oleh Farasu sepenuhnya dan diriliskan oleh Metasonic Production. Album ini wajar dimiliki oleh peminat genre melodic death metal acuan tempatan yang dahagakan sebuah karya yang benar-benar memaksimumkan kehendak anda selaku pembeli.

 

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.