ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Iqra' - Mawi & Raihan

Raihan & Mawi - "Iqra" (Warner Music)

01 Dec 2014 18:15

Oleh : nazghoul

Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatanKejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, Londondan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadiIni secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysiadi arena industri muzik antarabangsa.

 Mawi juga tidak lari dengan pencapaian yang mengagumkan.  Album pertama Mawi yang berjudul “Best of Mawi World” telah mencapai status platinum dengan penjualan lebih dari 165 000 unit.  Mawi mula menempah nama di industri muzik tempatan melalui rancangan ‘Akademi Fantasia’ musim yang ketiga dan telah bergelar sebagi juara. Kejayaan Mawi tidak terhenti dengan album pertamanya sahaja, namun telah berjaya meraih dua lagi status platinum untuk album “Mawi…Yang Tercinta” dan juga “Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu”.

Dari segi muzik pula, Raihan sentiasa mengutarakan muzik-muzik yang dihasilkan dengan pukulan gendang dan rebana yang mengeluarkan bunyi yang sedap didengar dan mampu memberi satu rentak yang aman dan tenang apabila didengari bersama-sama alunan suara Raihan yang merdu dan lembut. Bagi Mawi pula, beliau bukan sahaja terkenal dengan alunan suaranya yang lunak di dalam nyanyian, namun beliau juga hebat dalam melontarkan suara beliau dalam berzanji dan juga mengaji yang turut terdapat di dalam lagu yang terkandung di dalam album kompilasi ini

Album kompilasi Iqra ini tentu akan memberi jaminan yang tinggi kepada para pendengar dan juga peminatRaihan dan Mawi bukan sahaja antara nama besar yang terdapat di dalam album kompilasi ini, tetapi lagu lagu yang telah dikarang juga hasilnya adalah dari barisan komposer yang berpengalaman seperti Datuk M. Nasir, Allahyarham Loloq, Edry Abdul Halim, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi.  Album kompilasi Iqra ini juga mengandungi lagu-lagu hit terhebat seperti ‘Demi Masa’, ‘Assolatuasalam’, ’25 Rasul’, oleh Raihan dan ‘Al Haq’, ‘Doa Dalam Lagu’, ‘Al Jannah’ oleh Mawi.

 Album kompilasi Raihan & MawiIqra ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd dan boleh didapati dengan harga RM29.90.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.