ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

The Liberated Never Gonna Fall

The Liberated - " Never Gonna Fall "

26 Nov 2014 18:56

Oleh : nazghoul

No Doubt, Evanescence, Paramore, Nightwish. Ini adalah antara kumpulan-kumpulan tersohor dunia yang mempunyai vokalis wanita dan pemuzik lelaki. Bagaimana dengan Malaysia? Boleh dikira dengan sebelah tangan; Ella And The Boys, Shima And The Boys, Lord Justice, Iamneeta...rasanya itu yang terlintas di kepala ini. Kali ini, berbanggalah wahai wanita-wanita Malaysia, kumpulan bervokal wanita terbaru yang menggelarkan diri mereka The Liberated hadir untuk menempa nama dengan album berbahasa Inggeris 5 trek yang bertajuk “Never Gonna Fall”.

Dianggotai oleh Sue (vokal), Habib (gitar & vokal), Ibal (bass) dan Ijat Log (dram), kumpulan yang berasal dari Selayang ini menghidangkan pendengar lagu-lagu yang dipengaruhi lunas-lunas di antara Foo Fighters dengan Paramore. Lagu pembuka bertajuk Real New Year serta-merta akan menangkap perhatian pendengar yang baru. Lagu Never Gonna Fall yang mempunyai “attack” yang lekat dan tepat, berjaya meletakkan kumpulan ini lebih maju dari kelompok kumpulan kesemua-lelaki sekalipun.

Suara Sue yang merdu dan sebutan bahasa Inggeris yang betul dan jelas akan menusuk ke kalbu pendengar berbilang kaum di Malaysiayang majmuk ini. Pemuzik yang mengiringi Sue juga tidak kurang mantap juga permainan mereka. Bertenaga dan berkuasa. Berdasarkan dari dengar kali pertama, pendengar dijamin akan memainkan keseluruh 5 lagu ini berulang kali. Sama seperti nama kumpulan ini, anda akan dibebaskan dengan sebuah album yang disarankan untuk setiap umur dan setiap bangsa.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.