ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Royal Blood album

Royal Blood - "Royal Blood" (Warner Music)

24 Nov 2014 14:49

Oleh : nazghoul

Mendengarkan trek pertama dari kumpulan Royal Blood bagaikan mendengar sebuah kumpulan yang lengkap. Sebenarnya, mereka hanyalah berdua. Pasangan dari UKini terbit dengan album pertama yang bertajuk nama kumpulan mereka sendiri, Royal Blood. Jelas kedengaran pengaruh Led Zeppelin dan Muse malah sedikit U2 di dalam album hard rock ini, pasangan Mike Kerr dan Ben Thatcher berjaya menambat peminat rock di seluruh Eropah dan menduduki puncak carta.

Malah, mood muzika pasangan adik-beradik The White Stripes dari USA juga dapat didengar di dalam album ini. Agresif, gelap dan garang. Walaupun Mike Kerr menjalankan tugas sebagai gitaris dan bassis di dalam album ini, Ben Thatcher yang hanya menggalas tugasan dram, mempunyai sama gelombang dengan Mike. Keserasian mereka berdua di dalam 10 lagu dalam durasi 33 minit layak didengar di sistem hi-fi semua peminat muzik rock.

Bernaung di bawah Warner Music, pasangan ini telah berjaya menarik kembali perhatian dunia terhadap muzik rock UK. Sekiranya riff dan rentak lagu rock mereka terpahat di hati peminat lagu rock akan datang, pasangan ini sudah pasti akan menjadi nama besar yang baru setaraf pengaruh mereka seperti Led Zeppelin, Muse, U2 dan sewaktu dengannya.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.