ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Mastodon Once More Round The Sun

MASTODON - "Once More Round The Sun"

24 Nov 2014 14:41

Oleh : nazghoul

Sejak mula muncul dalam pencalonan di dalam kategori Persembahan Metal Terbaik pada tahun 2007, Mastodon sentiasa konsisten dalam mempamerkan kematangan dan keunikan muzik prog-metal mereka yang tersendiri. Kini, dengan album ke-6 mereka Once More Round The Sun, keunikan mereka semakin dicabangkan dan kedengaran jelas di album ini kepintaran mereka memperkenalkan keunikan muzik acuan mereka.

Dengan 11 trek yang akan membuatkan anda menumpukan perhatian, permainan mereka jelas membuktikan bahawa label rakaman mereka telah membuat keputusan yang bijak apabila muzik metal yang mereka hasilkan adalah cabang yang mereka sendiri tumbuhkan. Dengarkan trek The Motherload dan High Road yang bersebelahan berasaskan melodik tetapi dalam masa yang sama telah menyerlahkan kreativiti dan hakcipta muzik Mastodon.

Diterbitkan dan diadun oleh Nick Raskulinecz, nama yang tidak asing lagi jika anda peminat Foo Fighters. Mastodon yang terdiri dari Brann Dailor, Brent Hinds, Bill Kellher dan Troy Sanders berjaya menghasilkan sebuah album yang akan meletakkan mereka setaraf dengan band legenda metal yang lain.Dapatkan album Reprise Records edaran Warner Music ini. Pengalaman phsycedelic suntikan dari muzik “genius” menanti anda.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.