ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

nico

Nico & Vinz - Black Star Elephant (Warner Music)

05 Nov 2014 18:59

Oleh : nazghoul

Nico Sereba dan Vincent Dery adalah pemilik “Nico & Vinz”, duo yang berasal daripada Norway ini berjaya membina empayar muzik dambaan mereka di luar tempat kelahirannyaMungkin ramai dikalangan pendengar yang sudah dimomokkan dengan nuansa black metal daripada negara Norway, namun Nico & Vinz berjaya melalui single ‘Am I Wrong’.

Pertaruhan single tersebut telah membuka minda pendengar, apatah lagi dengan genre afro beat pop didibina daripada rencah rap/RnB dan pop telah menjadikan mereka semakin dikenali.  Duo ini pernah mengeluarkan album studio, “The Magic Soup and the Bittersweet Faces”pada tahun 2012. Single ‘Am I Wrong’ terus membuka lembaran baru sehingga lahirnya album kedua yang berjudul “Black Star Elephant”.

“Black Star Elephant” membariskan 21 buah lagu termasuk sebuah intro, pertaruhan yang cukup berani buat album ini ternyata memberikan impak besar terhadap industri hiburan di Norway. Nuansa yang lebih praktikal iaitu polyrhythms, malah kebanyakkan lagu yang dipersembahkan cukup sesuai untuk mereka yang gemarkan irama kelab malam. ‘Am I Wrong’ yang  sedikit terasa alunan gemalainya wirama yang pernah diperkenalkan oleh Bruno Mars seolah-olah mengajak kita untuk terus pergi jauh kepada lagu seterusnya

Tidak dinafikan bawa afrika drum beat masih terus berpaksikan muzik Nico & Vinz, walaupun hanya sebahagian kecil lagu yang boleh diklasifikasikan menarik untuk halwa telingaIni tidak bermakna album “Black Star Elephant” harus diketepikanIanya adalah dambaan yang cukup berani untuk Warner Music Malaysia perkenalkan kepada khalayak serta peminat muzik di Malaysia.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.