ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Krisdayanti

Krisdayanti "Persembahan Ratu Cinta" (Warner Music)

29 Apr 2014 16:09

Oleh : nazghoul

Diva pop Indonesia, Krisdayanti kembali memeriahkan industri seni Indonesia dan Malaysia setelah sekian lama menyepikan diri dari sebarang aktiviti seni. “Persembahan Ratu Cinta” adalah merupakan album ke sebelas beliau setelah hadir sebagai insan seni sejak tahun 1987. 

“Persembahan Ratu Cinta” adalah himpunan lagu-lagu terbaik dan mewakili perjalanan seni Krisdayanti selama 17 tahun. Album ini mengandungi  16 buah lagu termasuk 2 lagu gubahan baru  iaitu ‘Rasa Cinta’ dan ‘Bertubi-Tubi’. Lagu “Ratu Cinta” ciptaan Melly Goeslaw ini terlebih dahulu diperkenalkan kepada umum sebelum lagu ‘Bertubi-Tubi’.

Krisdayanti juga turut tampil bersama anak-anaknya dalam video klip Bertubi-tubi telah digarap menjadi sebuah muzik ballad yang mana secara keseluruhannya menceritakan tentang perjalanan hidup KD dari awal bergelar anak seni hingga kini.

Menerusi MV yang berdurasi 4:49saat tersebut, ia jelas menggambarkan kehidupan baru wanita ini yang kini lebih baik setelah melalui pelbagai episod duka. Berlatar belakangkan Eiffel Tower, peminat pasti teruja melihat wajah dua kanak-kanak comel yang merupakan anak KD dan suaminya, Raul Lemos selain turut menyelitkan koleksi foto dua lagi anaknya ketika bersama dengan bekas suami.

Malah, melalui MV ini juga terpancar nilai kekeluargaan yang amat erat dan jelas terpancar kegembiraan dihati wanita ini apabila dikelilingi anak-anaknya.

Selain Ratu Cinta dan Bertubi-Tubi, “Persembahan Ratu Cinta” turut memuatkan lagu Perasaan, Mahadaya Cinta, Pilihlah Aku, Mencintaimu, Pengabdian Cinta, Menghitung Hari, Penasaran dan sebagainya.  Album ini telah berada di pasaran dan ianya adalah keluaran Warner Music Malaysia.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.