ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

yeezus

Kanye West "Yeezus" (Universal Music)

08 Jul 2013 18:44

Oleh : nazghoul

Kali terakhir Kanye West merakamkan album adalah pada tahun 2010 dimana “My Beatiful Dark Twisted Fantasy” menjadikan beliau sebagai salah seorang rapper yang cuba berinterprestasi melalui album tersebut. Namun segalanya bertukar menjadi spekulasi yang ‘hangat’ dibicarakan diseluruh dunia.  Tahun 2013 Kanye West tampil dengan album terbaru yang berjudul “Yeezus”, nyata memberikan tamparan buat penggiat seni di seluruh dunia apabila album ini tampil tanpa sebarang ‘inlay’ mahupun kulit album.  Ianya dibiarkan kosong dan hanya menampilkan sekeping cakera padat yang pastinya menimbulkan pelbagai pelsepsi kepada rapper ini.  Abstraknya album “Yeezus” hanya mampu diterjemahkan oleh Kanye West sendiri.

Itu bukanlah masalah besar yang harus difikirkan tetapi “Yeezus” dizahirkan sedemikian adalah untuk membuat para penggemar Kanye berfikir secara global, malah muzik yang didambakan juga dilihat cukup melankolik bersesuaian dengan Kenye.  Penyatuan ‘sampler’ yang diinsipirasikan dari Nina Simon ‘Strange Fruit’ dan Pusha T’ ‘Blocka’ serta tambahan yang dilakukan oleh Chief Keef dan Bon Iver Justin Vernon ternyata memberikan tamparan hebat kepada penyanyi ini. Malah kehebatan beliau memasukkan elemen tersebut menjadikan album ini sebuah album yang agak ‘vibe’.

“Yeezus” juga tidak terkecuali daripada mengandungi lagu-lagu yang berunsurkan kaum serta penindasan yang berlaku dalam dunia rialiti, segalanya diluahkan dengan cara Kanye West sendiri.  Antara lagu-lagu yang berbaur perkauman adalah ‘Black Skinhead’ dan ‘New Slaves’, kedua-dua lirik tersebut turut mendapat sentuhan Nina Simon.  Kehadiran nama-nama besar seperti Rick Rubin, Daft Punk, TNGHT dan Young Chop sedikit sebanyak memberikan kesan postitif terhadap album ini.  RZA, No ID dan Mike Dean juga turut mewarnai muzik Kenye.

Tiada apa yang boleh disangkal terhadap album ini, kreativiti Kanye West dilihat cukup menyerlah biarpun memanggil jenama besar untuk berkolaborasi didalam “Yeezus”.  Apakah ianya sebagai strategi pemasaran atau sebaliknya itu adalah hak Kanye West.  Album ini kini boleh didapati di seluruh gedung muzik dan ianya telah diriliskan oleh Universal Music.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.