ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

estranged

Estranged "Anugerah Hidup" (Sony Music)

18 Apr 2013 16:17

Oleh : nazghoul

Sebelum ini kumpulan Estranged yang di anggotai oleh vokalis Richael L Gimbang (Rich), pemain dramnya, Azwin Andy (Andy) serta pemain gitarnya, Solihuddin Hormatov (Din) dan Nor Hanafi Noor Hadi (Hanafi), cukup gah melayari bahtera sebagai kumpulan yang cukup popular apatah lagi setelah menggenggam pengiktirafan tertinggi di Anugerah Juara Lagu ke-22 menerusi lagu Itu Kamu, namun secara tiba-tiba mereka ‘hilang’.

Kehebatan album ‘Remain Unknown’ terus menjadi bualan dan peminat meletakkan Estranged di aras paling tinggi kerana berani tampil dengan muzik moden rock.  Kehilangan mereka kini mula terjawab apabila muncul dengan album terbaru yang berjudul “Anugerah Hidup”.  Secara keseluruhannya masih mengekalkan genre yang sama namun terdapat beberapa lagu yang di suntik dengan elemen progresif
pada susunan melodi dan eksperimen di beberapa plot muzik disuntik bagi memberikan kesegaran keseluruhan muzik.

Paling menarik perhatian, Borneo yang diinspirasikan daripada muzik tradisional kadazanIanya dapat dirasakan di awal lagu tersebutKesebatian jiwa kesemua anggota Estranged dalam lagu tersebut di terjemahkan dalam bentuk melodi, ternyata ianya sesuatu yang cukup berani apatah lagi jika mereka berfikir untuk mensasarkan jualan album di luar negara.
“Anugerah Hidup” seakan mendewasakan Estranged, hal ini dapat dihidu dalam corak permainan instrumen.  Mereka tampak lebih yakin dengan melodi yang nyata cukup energatik disamping lirikal yang bermesej.  10 buah lagu dipertaruhkan antaranya ialah Strangers, Nyata, Anugerah Hidup, Bebas, Pengganti, Reach, Borneo, Linger, Ruang Udara dan Bara

Sebarang maklumat mengenai mereka boleh di dapati dengan melayari www.estranged.info serta laman sesawang sosial, www.facebook.com/estrangedband.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.